"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Demokrasi Hitam 2.0: Dua ditahan polis

Kira-kira 15 orang yang menggelarkan diri mereka sebagai Demokrasi Hitam 2.0 berhimpun di hadapan bangunan parlimen sejak pagi tadi sebagai tanda bantahan terhadap penggantungan beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat.

Mereka yang sepatutnya berarak bagi menghantar memorandum aduan kepada Suhakam dari bangunan Parlimen ke pejabat Suhakam di Jalan Raja Laut sejurus tengahari ini, bagaimanapun dihalang oleh polis.

NONEAkibatnya, berlaku kejadian tolak-menolak antara mereka dengan kira-kira 50 anggota polis yang sejak pagi tadi mengawal kawasan sekitar parlimen itu.
Akibatnya dua orang penyokong Demokrasi Hitam 2.0 ditahan polis dan Yusmadi Yussof (PKR-Balik Pulau) sedang berbincang dengan polis.

Seorang daripada mereka dikenali sebagai Lee Khai Loon, anggota exco AMK. 

Perhimpunan hari ini adalah bagi membantah tindakan Dewan Rakyat menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selama enam bulan kerana membuat kenyataan mengaitkan konsep 1Malaysia dengan kempen One Israel.

Usul itu diluluskan tanpa bahas selepas berlaku kekecohan, pagi tadi.
NONE
Sejak awal pagi tadi, kira-kira 40 anggota polis mula berkawal di sekitar perkarangan bangunan Parlimen. Jumlah itu kemudian meningkat kepada kira-kira 50 orang apabila keputusan menggantung Anwar dibuat.

Anwar selepas digantung kelihatan keluar dan bersalaman dengan penyokongnya itu. Laungan 'Reformasi' dan 'Takbir' bergema sekitar kawasan parlimen seketika.

Turut bersama Annwar adalah R Gobalakrishan (PKR-Padang Serai) dan Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin.

Shamsul dijangka akan mengetuai perarakan .
-malaysiakini-

Tiada ulasan: