"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

20 kanak-kanak tadika tebusan remaja bersenjata pedang

BESANCON (Perancis): Seorang remaja berusia 17 tahun bersenjatakan dua bilah pedang, menyerbu ke sekolah taman asuhan kanak-kanak (tadika) Perancis dan menjadikan 20 kanak-kanak di dalamnya sebagai tebusan.

Datuk Bandar Besancon, Jean-Louis Fousseret berkata, dia kemudiannya membebaskan hampir kesemua tebusan dan hanya berbaki lima atau enam tebusan masih bersamanya di timur bandar Besancon.

Beliau berkata, perunding polis sedang berkomunikasi dengan remaja berkenaan menerusi telefon dan unit elit polis yang dikhususkan untuk situasi tebusan sudah mengepung sekolah berkenaan.

Katanya, lelaki yang bersenjatakan dua bilah pedang itu menegaskan dia mahukan sesuatu tetapi tidak menjelaskannya.

Pelajar kelas yang dijadikan tebusan itu terdiri daripada kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun. 
-AFP-

Tiada ulasan: