"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

TG Nik Aziz Dibenarkan Keluar Wad

SHAH ALAM, 15 DIS: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat telah dibenarkan keluar dari wad Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian semalam.


Dalam kenyataannya di laman sosial Facebook beliau berkata Nik Aziz akan berehat di kediamannya selepas doktor berpuas hati dengan kesihatan beliau.

Mursyidul Am PAS itu dijangka akan menjalani rawatan susulan hujung minggu ini.

Jumaat lalu, Nik Aziz menjalani rawatan di HUSM kerana masalah pinggang setelah dinasihatkan  pakar perubatan pada Rabu.

Masalah pinggang itu dihidapi beliau sejak sekian lama selepas terjatuh dari kuda.

Menteri Besar Kelantan berusia 79 tahun itu dilaporkan berada dalam keadaan baik. 
-tvsnews-

Tiada ulasan: