"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis belasah 'saksi' ditahan tanpa perbicaraan

Saksi utama inkues R Gunasegaran - K Selvach Santhiran, hari ini dipindahkan ke kem tahanan Batu Gajah, tanpa diberi peluang berjumpa dengan ahli keluarganya.

gmi indonesian embassy memo isa detainees 180108 e naliniMenurut penyelaras Suaram, E Nalini polis menghubungi keluarga Selvach malam semalam dan memaklumkan bahawa dia akan dibawa dari pusat tahanan di Bukit Jalil ke ibu pejabat polis Wilayah Persekutuan pagi ini di mana mereka boleh berjumpa.

Tetapi sebaliknya apabila keluarga Selvac tiba pada jam 10 pagi, lelaki itu telah dibawa ke Batu Gajah.

"Kami amat kecewa dengan cara polis membawanya pergi dan berpendapat ia cubaan menjadikan permohonan habeas corpusnya hanya menjadi akademik.

"Apa yang dilakukan polis jelas mencabuli hak seorang tahanan dan sesuatu yang menghina mahkamah kerana ia langsung tidak menghormati proses undang-undang.

"Peguam yang mewakli Selvach, Farida Mohammad, tidak dapat berjumpa dengannya bagi menyiapkan afidavit balas berhubung jawapan pendakwa raya kanan persekutuan berhubung permohonan itu.

"Nampaknya, Farida sekarang terpaksa ke Batu Gajah untuk berjumpa Selvach bagi mendapatkan arahan seterusnya,” kata Nalini.

Menurut beliau, tindakan polis itu dipercayai ada hubung-kait dengan pengakuan Selvach bahawa Guneasegaran dibelasah ketika dalam tahanan.

"Ia bertujuan memburukkan imajnya. Suaram tidak berpuas hati dengan tindakan polis menghantar Selvach ke kem tahanan kerana ia mencabuli hak asasi manusia dalam usahanya mengemukakan permohonan habeas corpus,” katanya sambil menambah proses keseluruhan adalah berniat jahat atau mala fide.

Nalini berkata pada lawatan pagi ini, beliau bersama peguam Farida dan isteri Selvach, S Saraswathy dan dua anggota keluarganya kecewa kerana tidak dapat berjumpa dengannya.

Katanya, makanan yang disediakan oleh ahli keluarga itu juga tidak dapat disampaikan kepada Selvach.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: