

Mereka juga bersepakat menggunakan kaedah dialong untuk menyelesaikan polemik yang timbul.
“Pertemuan di PKNS Bangi petang Khamis bersetuju menghormati karya seni tulisan Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussin yang mengandungi unsur-unsur sejarah dan imiginasi,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Suhaizan, keputusan pertemuan itu juga menggesa semua pihak harus berhati-hati kerana khuatir dengan perangkap politik di sebalik polemik novel berkenaan.
"Pertemuan bersejarah ini merupakan kali pertama diadakan bagi membincangkan isu novel Interlok yang sedang hangat diperkatakan sekarang.

"Mereka saling hormat menghormati antara satu sama lain walaupun membincangkan isu yang sensitif," katanya .
Antara persatuan penulis dan budayawan yang hadir adalah Seniman Paksi Rakyat Malaysia(PAKSI), Budayawan Bertindak (BB), Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM), dan Kesatuan Sekerja Dewan Bahasa & Pustaka.
Manakala kumpulan NGO masyarakat India yang turut hadir antaranya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Makkal Sakti, Malaysian Indian Voice (MIC) dan Indian Movement serta individu seperti peguam dan pensyarah universiti.

Sehubungan itu, setiap kumpulan diminta menyediakan asas yang kukuh mengenai hujah masing-masing dengan penuh hikmah kerana "ia melibatkan maruah kedua-dua pihak".
"Bagi sebahagian masyarakat India perkataan “paria” pada muka surat 211 dan isu kasta muka surat 219 boleh menyebabkan suasana tidak harmoni di kalangan para pelajar sekolah, (ia juga) memberi pandangan negatif terhadap masyarakat India dan didakwa menjatuhkan maruah mereka.

Dalam pertemuan berkenaan, Suhaizan berkata kumpulan budayawan mengemukakan beberapa cadangan untuk mempertahankan novel berkenaan sebagai buku teks dengan membuat penyesuaian.
Antaranya:
- Membuat penerangan perkataan-perkataan yang sensitif Interlok dalam ruang glosari,
- Menyediakan buku ulasan terhadap novel bagi mengelakkan sebarang kekeliruan
- Melatih guru-guru untuk memberi penerangan yang sebenar terhadap Interlok.

Mesyuarat kali kedua dijadualkan di tempat yang sama pada Rabu 19 Januari ini, jam 2.30 petang.

Ini disusuli dengan beberapa laporan polis oleh badan-badan seperti, Gapena dan PENA yang membantah tindakan itu kerana dianggap menghina sasterawan negara, membangkitkan kemarahan orang Melayu, malah boleh mencetuskan ketegangan kaum.
-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan