"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Peluang Teresa Dedah Sifat Rasis Utusan

SHAH ALAM, 15 JAN : Ahli Exco kerajaan negeri Selangor Teresa Kok menganggap perbicaraan saman Utusan Melayu terhadap beliau sebagai peluang untuk mendedahkan sifat rasis akhbar itu di mahkamah.
Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur menetapkan 21 Mac untuk perbicaraan kes saman Utusan Melayu (M) Berhad terhadap ahli parlimen Seputeh itu.

Teresa yang didakwa mengeluarkan pernyataan berunsur fitnah terhadap akhbar terbitan syarikat itu.

Pada Februari 2009, Utusan Melayu Berhad menyerahkan writ saman dan pernyataan tuntutan kepada Teresa kerana didakwa mengeluarkan pernyataan berunsur fitnah terhadap akhbar Utusan Malaysia.

Ia berikutan dakwaan ahli parlimen itu bahawa utusan memutar-belitkan pernyataan-pernyataan beliau berhubung makanan yang disajikan kepadanya semasa beliau berada dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri pada 2008.

Utusan sebelum ini dituduh oleh pelbagai pihak sebagai bersikap rasis demi mendokong kenyataan-kenyataan pemimpin Umno dalam menyerang Pakatan Rakyat, yang dianggotai oleh Parti Keadilan rakyat, DAP dan PAS.

Malah akhbar itu kerap dicela oleh rakan komponen BN sendiri seperti MCA kerana ghairah memainkan isu-isu seperti ketuanan Melayu dan pendatang.

Teresa berkata beliau menyambut baik peluang mempertahankan diri di mahkamah dan mendedahkan sifat rasis Utusan.

"Memang ada sifat rasis kerana dia yang menuduh saya buat dakwaan yang bukan-bukan, dimana saya tak buat dakwaan tersebut. Ini menunjukkan yang surat khabar ini tak ada kredibilti dan tidak bertanggungjawab, dia patut juga diadili di mahkamah," katanya.
-tvsnews-

Tiada ulasan: