"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Peniaga dijel rogol gadis anak yatim


MOHD. ZOLKIFFLY dibawa ke Mahkamah Sesyen Melaka semalam. 

MELAKA: Akibat mencabul dan merogol seorang gadis yang merupakan anak yatim bawah umur dan baru empat hari dikenali, seorang peniaga dihukum penjara 12 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Kedua-dua hukuman tersebut dijalankan secara serentak dan ini bermakna dia hanya perlu menjalani hukuman penjara selama lapan tahun sahaja.

Hakim Zaharah Hussain menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Mohd. Zolkiffly Ibarahim, 26, selepas meneliti semua fakta kes yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mahmoodah Abdul Latiff termasuk pihak pembelaan yang gagal membuktikan keraguan munasabah.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul seorang gadis yang berusia 14 tahun (semasa kejadian) di sebuah rumah di sini pada 3 Jun 2008 pukul 1 pagi hingga 2 pagi.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan.
-kosmo-

Tiada ulasan: