rozmal
Menteri-menteri kita kat Malaysia ni, bila buat sesuatu dasar tu, turun padang ke tidak, tengok keberkesanan dasar baru? Tuan-tuan dan puan-puan yang ada anak sekolah rendah dan hantar anak ke Kelas Agama Petang atau KAFA perasan ke tidak anak-anak kita sekarang ni pergi sekolah jam 6.30 pagi, balik rumah jam 6 petang. Yang naik bas mungkin ada yang balik Maghrib, pergi sebelum Subuh.
Jangan nanti ada ibu bapa dan pelajar tidak hantar anak ke KAFA sebab dah terlalu lama masa di sekolah.
Bila masa nak buat kerja sekolah di rumah? Bila masa nak ulangkaji? Bila masa nak bawa anak berjemaah Maghrib dan Isya di Surau? Bila masa nak ajar anak kemas baju, kemas tempat tidur? Bila masa aktiviti Koko di sekolah, atau cukup minum air koko je?
Apa menteri kita, terutama menteri yang jaga JAKIM tu, ada anak atau cucu yang pergi KAFA?
Rozmal bin Malakan, Seremban http://waghih.blogspot.com
ELAUN TIDAK PADAN DENGAN BEBAN GURU KAFA
Utusan Malaysia 12 Jan 2011
Bermula tahun ini, elaun guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) telah dinaikkan kepada RM800 daripada RM500 sebelum ini.
Namun apa yang amat dikesali oleh semua guru KAFA adalah sebelum tahun 2011, kelas KAFA hanya diadakan selama dua jam sehari dan tiga hari seminggu. Jumlah seminggu adalah enam jam.
Tetapi pada tahun ini, kelas KAFA telah dilanjutkan selama tiga jam sehari dan kelas diadakan selama lima hari seminggu.
Dengan itu, tempoh waktu mengajar untuk seminggu adalah 15 jam.
Elaun dinaikkan sebanyak RM300 sahaja, sedangkan masa mengajar meningkat lebih sekali ganda.
Persoalannya, adakah elaun guru KAFA yang dinaikkan kepada RM800 itu memadai.
Apa yang nyata elaun itu menunjukkan bahawa semua guru KAFA masih berada di bawah paras kemiskinan. Ini jelas jika dibandingkan dengan harga barangan yang telah meningkat berkali ganda sejak awal tahun 2011.
Saya yang mewakili suara guru KAFA menggesa pihak kerajaan agar lebih prihatin dan dapat menambah lagi elaun guru KAFA agar berbaloi dengan peningkatan tempoh mengajar daripada enam jam kepada 15 jam seminggu.
Semoga harapan kami untuk mendidik anak bangsa tidak akan luntur selama-lamanya.
GURU KAFA
Utusan.com.my

Tiada ulasan:
Catat Ulasan