"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pelantikan Khusrin Tidak Perlu Diragui ?

Abdullah Ngah 
Saya setuju Pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor tidak perlu diragui, kerana kuasa pelantikan pejawat awam di negeri Selangor hak suruhanjaya perkhidmatan awam.

Fasal 52 (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 menyebut jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri perlu diwujudkan, dan perlantikan ke jawatan ini hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) berkenaan.

Mengapa? Kerana negeri Selangor tidak punya suruhjaya perkhidmatan negeri (SPN) jadi mahu tidak mahu kenalah terima seadanya, bukan sepertimana kata Prof Madya Dr Ahmad Nizamudin pensyarah sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia bahawa kerana penjawat awam sentiasa dituntut supaya berintegriti dan profesional dalam melaksanakan tugas.

Tidak dinafikan memang penjawat awam sentiasa dituntut supaya berintegriti dan professional dalam melaksanakan tugas. Tapi pelantikan itu adalah hak kerajaan pusat menerusi suruhjaya perkhidmatan awam bagi negari negeri yang tidak ada suruhanjaya perkhidmatan negeri (SPN).

Oleh itu dakwaan kerajaan Selangor kononnya pelantikan bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Mohd Kursin itu dibuat atas kepentingan politik Barisan Nasional (BN) sangat berasas bukan intepretasi yang tidak boleh dijadikan asas, malahan ia suatu yang reality yang menjadi amalan selama lamanya menerusi prosedur yang dibenarkan. 

Walaupun hak kerajaan pusat melantik SUK kerajaan negeri yang tak punya suruhjaya perkhidmatan negeri (SPN)sewajarnya diadakan perbincangan terlebih dahulu dengan kerajaan negeri agar tidak berlaku rasa tidak puas hati kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor berhubung perkara itu.

Lebih lebih lagi pelantikan SUK seumpama itu membuat kerajaan PKR Selangor berasa tercabar kerana lantikan itu dibuat di luar pengetahuan mereka, sedangkan SUK mesti seorang penjawat awam yang dap memenuhi piawai integrity dan professional.

Oleh itu, adalah tersangat wajar Kerajaan PKR Selangor pimpinan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa pelantikan Mohd Khusrin, yang mendapat perkenan Sultan Selangor,di pertikaikan kerana tidak dimaklumkan kepada kerajaan negeri.

Jika kerajaan pusat ada integriti dan professional wajar akur dengan pertikaian pelantikan SUK oleh kerajaan negeri miskipun kuasa melantik pejawat awam negeri Selangor hak kerajaan pusat agar tidak berlaku kekecuhan yang sentiasa cuba dikeruhkan.

Tiada ulasan: