Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) secara teknikal dijangka muflis jika kerajaan tidak campur tangan, kata pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang, (PKA), Datuk Lee Hwa Beng.
Projek mega yang dikendalikan oleh PKA itu dikatakan tidak dapat menampung bayaran balik pinjaman mudah RM4.6 bilion yang diterimanya daripada Kementerian Kewangan. Bayaran balik berkenaan sepatutnya bermula awal tahun ini.
"Sekalipun jika PKFZ disewa sepenuhnya, menurut laporan Pricewaterhouse Coopers (PWC), kita tidak mampu bayar balik pinjaman bulanan menjelang tahun 2012 kepada kementerian kewangan,” kata Lee dalam satu wawancara semalam.
Setelah tiga tahun beroperasi, zon bebas itu masih kurang digunakan. Jumlah yang menduduki unit industri ringannya adalah hampir 50 peratus manakala penggunaan tanah adalah sekitar 25 peratus.
Jumlah yang menyewa ruang pejabat pula adalah hanya lima peratus. Kemudahan lain, termasuk sebuah hotel dan dewan pameran yang lebih besar daripada Pusat Konvensyen dan Pameran Mines International, juga masih belum berfungsi.
Mengikut laporan audit PWC yang diarahkan oleh bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat pada 2009 bagi menyiasat skandal PKFZ, projek yang pada permulaannya menelan belanja RM1.96 bilion akhirnya mengembang sehingga berjumlah RM12 bilion.
PKA gagal memperuntukkan dana berkenaan kepada kontraktor utama PKFZ, Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) apabila bayaran pertama dijadualkan pada 2007.
Berikutan itu, Perbendaharaan Negara membekalkan pinjaman mudah RM4.6 bilion bagi tempoh 20 tahun. Bagi kebanyakan penganalis ia adalah tindakan menyelamatkan sebuah lagi projek yang gagal.

-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan