"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis dan ahli perniagaan dipenjara

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai polis dan seorang ahli perniagaan masing-masing dihukum penjara dua tahun dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini selepas didapati bersalah menerima rasuah daripada seorang peniaga makanan yang menggaji warga asing tanpa permit.

Hakim Abu Bakar Katar membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dalam dua kes pendakwaan terhadap Inspektor V. Vijayan dan Anthony Michael Joseph.

Bagaimanapun, Abu Bakar membenarkan pelaksanaan hukuman penjara ditangguhkan sementara menunggu proses rayuan. 
-Bernama-

Tiada ulasan: