"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

10,000 Hadir Untuk Himpunan Kebangkitan Rakyat

KEMAMAN, 15 JAN: PAS mahukan rakyat Melayu di negara ini menolak dakyah bahawa UMNO memperjuangkan nasib mereka sedangkan hakikat adalah sebaliknya. Itu teras mesej pemimpin-pemimpin yang berucap pada Himpunan Kebangkitan Rakyat! PAS ganti UMNO yang dilancarkan di Kampung Geliga Kecil, Kemaman, Terengganu hari ini.

Dalam tazkirah khas Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, beliau menceritakan sebab sebenar beliau melibatkan diri dalam bidang politik, iaitu selepas melihat penindasan UMNO terhadap golongan agama dan orang Melayu sendiri.

"Saya cerita dengan masyarakat semua, saya masuk PAS tahun 1967. Salah satu sebabnya ialah UMNO tangkap Tok Guru Pondok masuk ISA. Kalau masuk lokap boleh cerita, ada peguam boleh bicara ini ISA. Yang dia tangkap bukan Cina tapi Tok Guru ni Melayu Islam. Kalau kata Komunis tangkap Tok Guru ni tak pa ni orang kata bela Melayu, Islam," kata beliau yang telah menerajui kerajaan Kelantan sejak 20 tahun lalu.

Himpunan ini dihadiri hampir 10 ribu orang dari seluruh Terengganu dan negeri-negeri lain. Mereka sanggup berpanas dan duduk bersila mendengar Tazkirah Nik Aziz.

Menurut Presiden PAS, Datuk Hadi Awang, Himpunan Kebangkitan Rakyat ini akan dipanjangkan ke seluruh Terengganu bertujuan membangkitkan gelombang rakyat terhadap UMNO-BN pada pilihanraya umum akan datang.

Hadi dalam sidang media selepas pelancaran menganggap rakyat kini boleh menilai betapa perbezaan pentadbiran PAS dan UMNO negeri ini.

"Kita pernah pegang negeri ini tahun 1999. Kita dah buktikan dalam masa empat tahun, kita lakukan apa yang UMNO tak boleh lakukan dalam masa 50 tahun walaupun menguasai Kerajaan Persekutuan.

Oleh kerana Terengganu ada hasil pada waktu itu, kita mansuhkan cukai rumah. Tol Jambatan Terengganu dihapuskan. Kerajaan Persekutuan tak boleh buat. Yang lain bantuan untuk atasi masalah kemiskinan," kata beliau kepada wartawan.

Hadi berkata kerajaan pimpinan Pas di Terengganu ketika itu juga menyelesaikan masalah pemilikan tanah peneroka kampung yang gagal diselesaikan UMNO sejak mereka.
Selepas Umno mengambil alih, isu itu kembali menjadi antara masalah utama di negeri berkenaan. Hadi menyifatkan pentadbiran PAS yang telus dan tidak korup selari dengan corak Pakatan Rakyat sehingga dapat menjimatkan perbelanjaan dan membantu rakyat walaupun ditekan kerajaan Pusat.

"Yang menariknya sewaktu Royalti minyak ditarik kembali, kami masih tidak perlu menarik kembali pengecualian cukai pintu kerana ada cara tersendiri untuk memerintah," kata beliau yang menjadi Menteri Besar Terengganu di waktu itu.
-tvsnews-

Tiada ulasan: