"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ng mohon maaf pada peniaga nasi kandar

ADUN Komtar, Ng Wei Aik akhirnya tunduk kepada desakan sebuah kumpulan yang menggelar diri mereka Suara Anak-Anak Mamak Pulau Pinang dan memohon maaf kepada seorang pengusaha restoran.

Permohonan maaf kepada Syed Kassali Mohammed Aliyar itu dibuatnya pada sidang media di bangunan Komtar, pagi ini.

NONEADUN DAP itu melahirkan kekesalan kerana bertindak kurang sopan ketika mengiringi sekumpulan pekerja Majlis Perbandaran Pulau Pinang menjalankan operasi ke atas restoran-restoran yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Ng bagaiamanapun bertegas bahawa beliau tidak bersalah dan tidak pernah meluahkan kata-kata berbaur perkauman semasa kejadian itu.

Sebelum ini, Suara Anak-Anak Mamak Pulau Pinang memberi amaran bahawa protes lebih besar akan diadakan hari ini pada jam 2 petang di Komtar bagi mendesak Ng memohon maaf.

Ng pada kenyataan akhbarnya menjelaskan tindakan penguatkuasaan dilakukan ke atas restoran-restoran di Gat Lebuh Macallum, George Town itu kerana kejadian 2 Januari lalu yang melibatkan dua buah kenderaan itu hampir meragut nyawa pelanggan-pelannggan restoran nasi kandar berkenaan.

“Tindakan penguatkuasaan diambil MPPP untuk mengelakkan sebarang malapetaka yang lebih serius akan berlaku pada pelanggan-pelanggan restoran serta menjamin kepentingan dan keselamatan awam.

NONE“Tidak wujudnya unsur atau niat jahat untuk tindakan-tindakan tersebut diambil,” kata beliau sambil menambah, sebarang tindakan yang diambil oleh MPPP dengan niat murni atau tujuan yang baik perlu disokong oleh semua pihak.

Dalam operasi itu, kakitangan MPPP telah merampas meja, kerusi dan peralatan atau struktur yang menghalang di sepanjang jalan dan kaki lima.

Pertelingkahan berlaku dan Ng didakwa menggunakan perkataan "tutup kedai, balik India, terhadap pemilik restoran, Syed Kassali.

Minggu lalu, Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) menyerahkan memorandum kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng, mendesak beliau mengambil tindakan terhadap setiausaha politiknya itu.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: