KUALA LUMPUR - Seorang lelaki berusia 26 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari sebuah kondominium di Taman Datuk Senu, Sentul di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, Mohd. Shanizam Aman yang merupakan bekas pemandu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mati di tempat kejadian dipercayai akibat terjatuh dari tingkat yang tinggi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supt. Zainuddin Ahmad berkata, dia dipercayai bukan penduduk di kondominium terbabit dan tujuannya ke kondominium itu sedang disiasat.
"Setakat ini kami belum dapat memastikan dari tingkat berapa mangsa terjatuh dan punca utama kematian mangsa dan hasil pemeriksaan awal mendapati lelaki itu mempunyai satu rekod jenayah lampau membabitkan kesalahan mencuri,” katanya.
Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
Difahamkan ketika mayatnya ditemui, lelaki itu memakai seluar jeans bersama pakaian dalam wanita serta tidak berbaju.
-Bernama-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan