"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bekas Pengawai Megat Junid Dakwa Ditawar RM500 Ribu Oleh Eskay


RAWANG, 26 MAC: Bekas Pegawal Peribadi Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob, hari ini mendedahkan beliau ditawar imbuhan RM500,000 oleh ahli perniagaan Datuk Shyzryl Eskay Abdullah untuk menjadi saksi dalam kes saman Eskay terhadap Syarikat Merong Mahawangsa.

Sangsi dengan sogokan yang ditawar itu,  Mohamad Mahti Abdul Rahim bertindak membuat surat perjanjian namun Eskay enggan menandatangani surat berkenaan.

Sebalikknya Eskay naik marah dan membawa Mahti berjumpa dengan bendahari PERKASA, Datuk Shuaib Lazim yang juga dikatakan rakan perniagaan Eskay.

Shuib kemudian menyakinkan Mahti bahawa beliau tetap akan mendapat imbuhan berkenaan jika Eskay menang kes itu dengan keseluruhan pampasan bernilai RM40 juta, menurut Mahti.

Eskay sebelum ini menfailkan saman terhadap syarikat Merong Mahawangsa Sdn Bhd dan Datuk Yahya A. Jalil kerana mendakwa beliau tidak dibayar RM20 juta sebagaimana dijanjikan, setelah mendapatkan projek Jambatan Bengkok di Johor untuk Syarikat Merong Mahawangsa.

Mahti berkata seorang peguam yang mewakili Eskay dalam kes saman itu menghubunginya  semalam setelah beliau mendedahkan dendam Eskay terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Peguam itu meminta Mahti tidak mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut kerana bimbang ia akan "mengganggu" keputusan  kes saman Eskay.

Semalam Mahti membuat pendedahan bahawa Eskay menyimpan dendam terhadap Anwar Ibrahim dan bertekad untuk menjatuhkan Ketua Pembangkang itu.

Mahti berkata Eskay memberitahunya bahawa beliau amat marah kerana Anwar enggan memberi keterangan dalam sebuah kes tuntutan saman membabitkan ahli perniagaan it

Eskay adalah satu daripada tiga Datuk T yang mendalangi fitnah video lucah untuk dikaitkan kepada Anwar sejak Isnin lalu.

Selain Eskay, turut terbabit adalah bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Shuaib yang dikatakan penasihat kepada syarikat baja milik Eskay.

Mahti semalam menyifatkan Eskay sebagai 'Si Kitol' - watak dalam Sejarah Melayu sebagai watak yang menabur fitnah dan pandai mengadu domba sehingga menyebabkan keruntuhan Kesultanan Melaka.

Mahti, seorang bekas pegawai polis berkerja dengan Allahyarham Megat Junid yang menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri dan kemudiannya Menteri Hal Ehwal Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal  Pengguna dari tahun 1984 hingga 2000.
-tvsnews-

Tiada ulasan: