Seorang individu yang ditahan dalam pemeriksaan di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) mengaku terdapat umat Islam murtad selepas mendapat bantuan gereja, kata bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Dr Asri (kanan) berkata, dalam pengakuan terhadapnya minggu lalu, ibu tunggal itu mengaku masih Islam walaupun anak-anaknya diterapkan ajaran Kristian dan diajar nyanyian keagamaan.
"Baginya, dilakukan semua itu untuk hidup. Rupanya ramai lagi yang senasib dengannya berada di bawah bantuan pihak gereja," kata Dr Asri.
Dalam kenyataannya hari ini, katanya, gereja tidak memaksa kumpulan itu murtad tetapi pendekatannya amat mempengaruhi .
Dr Asri bagaimanapun tidak mendedahkan nama gereja terbabit dan sama ada sebelas lagi yang ditahan dalam majlis di DUMC tergolong daripada pihak yang dikatakan murtad itu.
-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan