"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

DAP Ketua Menteri Melaka jika PR menang?

Mutaligat
Benarkah DAP akan menjadi Ketua Menteri Melaka jika DAP menang? Itu antara momokkan yang dibuat oleh Umno/BN untuk memerangkap PR dan rakyat Melaka. Tujuannya hanya satu iaitu menjauhkan pengundi Melayu dari PR dan akhirnya undi Melayu kepada PR akan terjejas teruk.
Dari maklumat dalaman PR, tidak pernah diputuskan bahawa wakil rakyat DAP akan dilantik menjadi Ketua Menteri jika PR menang. Dari mana semua fakta ini sudah tentu ianya datang dari Umno/BN. Mereka percaya dengan melemparkan fakta ini undi Melayu kepada PR akan merudum dengan teruk. Umno/BN tidak bimbang dengan peningkatan undi Cina kepada PR kerana sememangnya 'swing' pengundi Cina kepada PR sudah sampai ke tahap maksimum. Jadi mereka hanya perlu memastikan kira-kira 80% pengundi Melayu mengundi mereka.
Fakta bahawa jika PR menang majoriti di kerusi Dun Melaka, Wakil Rakyat DAP menjadi Ketua Menteri tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat majlis pimpinan PR negeri.. Ini semua adalah perang saraf Umno/BN.
Secara logiknya jika PR menang dan memerintah Melaka, sudah tentu PR akan mempunyai sekurang-kurangnya 15 kerusi Dun. Pada PRU 2008, DAP bertanding sebanyak 8 kerusi, PAS 13 kerusi dan PKR 7 kerusi. Ini bermakna jika DAP menang semua kerusi mereka mempunyai 8 kerusi dan PR memerlukan 7 kerusi dari PAS dan PKR untuk menjadi kerajaan di Melaka. Kerusi DAP, PKR dan PAS agak seimbang sahaja jika PR menang dan menjadi kerajaan. Tidak berbangkit DAP menjadi Ketua Menteri secara automatik kerana semuanya akan diputuskan oleh Majlis Pimpinan PR negeri dan Pusat.
Apa yang penting sekarang ialah PR mesti memastikan mereka memperolehi kerusi majoriti pada PRU 13. Rakyat jangan bimbang kepada PR kerana parti komponen itu telus, adil dan beramanah dalam menjaga kebajikan rakyat sebagaimana yang dibuktikan di negeri-negeri yang diperintah PR sekarang.

Tiada ulasan: