Bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, Badrul Hisham Shaharin mempertahankan dakwaannya bahawa cicin berlian berharga RM24.4 juta dibawa masuk ke negara ini baru-baru ini untuk isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Badrul (kiri), yang lebih baik dikenali sebagai Chegubard berkata, penyokong setia Rosmah pula menjadikan keadaan bertambah buruk buat isteri perdana menteri itu, kerana mereka membuat kenyataan yang bercanggah mengenai cincin itu, yang didakwa diterbangkan dari New York.
Sehubungan itu, beliau menggesa 'wanita pertama' itu supaya menjelaskan pembabitannya dalam pembelian cincin tersebut dari Yacob & Co kerana namanya didakwa tercatat dalam kolum penerima pada dokumen Kastam.
Chegubard telah mendedahkan 'bukti' tersebut di Pulau Pinang sebelum membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di negeri itu bulan lepas.
-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan