"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ibu rantai anak lelaki selama 23 tahun dalam keadaan bogel

XIAO ANRONG menggunting rambut anaknya, Tang Zuhua yang dirantai dalam keadaan bogel di sebuah bangsal di Chingqing, China baru-baru ini.
CHONGQING: Seorang ibu mengikat anak lelakinya yang sakit mental dengan rantai dalam keadaan bogel di dalam sebuah bangsal yang buruk di sini sejak 23 tahun lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Ibu itu, Xiao Anrong yang berusia 76 tahun mahu anaknya itu, Tang Zuhua yang berumur 40 tahun dijaga oleh seseorang selepas dia meninggal dunia.

Menurutnya, dia merantai anaknya itu demi kebaikannya.

Dia berkata, anaknya akan mengoyakkan pakaian yang diberikan kepadanya.

Menurut ibu itu, anaknya akan membahayakan dirinya sendiri jika dia tidak dirantai.

Dia berkata, jiran-jirannya juga telah mendermakan makanan untuk anaknya itu.

Anaknya itu tidur di atas lantai kerana ibunya tidak mampu membeli jerami untuk dijadikan alas tidur.

Anrong berkata, anaknya itu mula bertindak ganas semasa dia berumur 17 tahun dengan membaling pelbagai barang menyebabkan keputusan untuk merantainya dibuat.

Sejak dua orang lagi anaknya yang normal meninggalkan rumah, Anrong perlu menjaga Zuhua seperti memandikannya, memotong rambut, membersihkan tempat tinggal dan memberi makanan dengan menggunakan duit pencennya bulanan 166.57 yuan (RM78) sebulan.

Namun, selepas dirantai selama 23 tahun, Zuhua tidak mampu berjalan dengan baik kerana otot kakinya jarang bergerak. 
-Agensi-

Tiada ulasan: