"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bukan 35 tetapi 3500 ahli PAS masuk Umno!!!

Mutaligat

Media melaporkan bahawa seramai 35 bekas anggota PAS cawangan Kampung Baru Lembah Gula, Padang Sanai di Kuala Nerang menyerahkan borang keahlian untuk menyertai Umno, hari ini.

Bekas anggota PAS itu adalah antara 65 orang yang menyerahkan borang keahlian baru untuk menyertai Umno di Kampung Baru Padang Chendering, Padang Sanai.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Padang Terap Datuk Ghazali Ibrahim yang menerima borang keahlian baru itu, berkata bekas anggota PAS itu menyertai Umno kerana mereka sedar hanya BN yang mampu membela nasib rakyat.

Kalau kita percaya dengan lakonan Umno ini nescaya PAS sudah lama bungkus dan tidak ujud lagi di bumi Malaysia ini. PAS sudah lama masuk muzium lebih awal dari Umno yang masuk muzium pada tahun 1988. Umno hari ini adalah Umno Baru bukan Umno asal.

Kalau tidak teliti balik sejarah kemasukan ahli PAS ke dalam Umno sejak dari dulu sudah pasti PAS sudah lama berkubur bukan sahaja di Melaka malah di Kelantan sekalipun. Yang tinggal hanya Tok Guru Nik Abdul Aziz sahaja di Kelantan yang lain semua masuk Umno. Sebab saban minggu akan ada orang PAS masuk Umno. Tetapi bila diselidiki kebanyakan yang masuk Umno itu adalah orang Umno sendiri atau orang yang tidak berparti.

Jadi habis sekelian pembesar Umno termasuk Najib kena tipu dek orang Umno sendiri. Mereka berbuat demikian (mengaku orang PAS masuk Umno) kerana diupah dengan duit dan habuan tertentu. Habis satu 'Malaya' kena kelengtong dan tipu.

Sepatutnya laporan di atas dinyatakan jumlahnya 3,500 orang bukan 35 orang baru sedap sedikit kena membacanya. Jadi kalau hendak menipu biarlah betul-betul menipu sebab dosa menipu sama sahaja 35 orang atau 3,500 orang. Alang-alang menipu biarlah menipu besar .....biar ternganga Najib, Muhyiddin dan Ahmad Bashah membacanya.

2 ulasan:

Unknown berkata...

silap tu, bukan 35, bukan 35oo tapi 35 ribu. banyaknya tu! umno memang parti hebat. berduyun-duyun orang masuk umno demi islam. sebab umno akan melaksanakan hudud sepenuhnya.sampai komentar ini ditulis angka itu melonjak lagi hingga 38 ribu. macam ni habislah, umno memang laris. songkok tinggi dan samping pun laris.oleh itu marilah kita join DAP pulak.

Ringgo berkata...

ketua depa 1Malaysia kena tipu inikan pula orang kampung ..