"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Berita buruk buat pembina Langat 2


Subky Latif
APA pun calon pembida Langat-2 mempunyai sebab untuk berasa seronok kerana kabinet bertegas untuk meneruskan projek itu kendati pun kerajaan tidak memberi luluan atas tanah yang dikuasainya.

Jabatan Peguam Negara dirojok tentang masalah undang-undang atas isu Langat-2 itu.

Tetapi Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membawa berita buruk buat calon pembina apabila Selangor telah menemui pakar perunding Kanada yang boleh membantu Selangor membekalkan air yang diperlukan oleh penduduk Lembah Kelang seawal tahun 2014 jika krisis air itu berlaku sebagaimana yang diwar-warkan oleh pro Langat-2.

Teknologi Kanada itu boleh membekalkan air sebanyak yang Langat-2 boleh bekalkan dengan kos yang lebih murah. Kos Loji Lanat-2 akan bermula dari RM2 ke 3 bilion dan mungkin lebih. Tetapi memanfaatkan teknologi Kanada kosnya sekitar RM800 juta dan paling tinggi satu bilion.

Ertinya Selangor akan dapat menyelamatkan duitnya antara satu hingga dua bilion.

Khalid tidak menjelaskan sumber air yang hendak dirawat oleh teknologi Kanada itu dan mungkin juga ia dapat menyelamatkan harga sekitar 60 juta yang terpaksa dibayar kepada Pahang atas input yang disalurkan melalui Langat-2 itu.

Lepas hari raya Idilfitri lalu saya dihubungi oleh kawan yang hendak memperkenalkan teknologi rawatan air dari Jepun. Seorang profesor pakar air dari universiti dari Jepun berada di Malaysia, jika dia dapat bertemu dengan Menteri Besar Selangor, dia mahu mengemukakan bagaimana air sungai dan air laut di sepanjang pantai Selangor dapat dimanfaatkan untuk keperlulan seluruh negeri Selangor.

Ia bukan sekadar dapat memenuhi keperluan air Selangor saja, malah boleh membantu Selangor mengeluarkan garam. Saya tidak dapat menyampaikan maklumat itu kepada Tan Sri Khalid sebelum pakar itu pulang.

Teknologi Jepun itu juga tidak memerlukan projek Langat-2.

Berita teknologi Kanada itu adalah satu berita buruk buat pembida Langat-2 dan pihak yang memberi bidaan itu. Ia mengurangkan harapan untuk mengaut untung yang banyak dari pelaburan di Selangor itu.

Sama ada Langat-2 akan diteruskan kita tunggulah PRU13 kurang dari enam bulan lagi. Jika fathul Putrajaya berlaku sahlah Langat-2 akan ditangguhkan sekalipun kabinet akan meluluskan sebelum bubar Parlimen. Jika mandat diberi lagi kepada BN, tiada masalah bagi Langat-2 diteruskan.

Jika kuasa diberi lagi kepada BN harapan rakyat Selangor mendapat bekalan air yang murah berkecai. Kos bidaan yang tinggi untuk menyediakan kemudahan air akan memaksa tarif air dinaikkan.

Belenggu yang Selangor dan rakyatnya tanggung ialah pembida akan mengaut untung yang banyak dari kos membila logi yang tinggi. Dari satu hingga dua bilion duit rakyat pada kerajaan Selangor tidak dapat diselamatkan.

Kerajaan pula tidak dapat lagi menyekat tuntutan kenaikan harga air kerana ia berbelanja besar bagi membina Langat-2. Rakyat terpaksa menanggung harga air yang tinggi.

Tetapi kiranya Putrajaya dibebaskan, banyak duit negeri diselamatkan dan air percuma dan murah menjadi kenyataan.

Selailn dari pembida, pihak yang amat takut dengan berita teknologi Kanada itu ialah kerajaan BN Pahang. Ia boleh hilang sumber keuntungan besar dari menjual air yang mahal kepada Selangor. Langat-2 adalah satu muslihat Najib untuk mengalirkan duit Selangor ke Pahang.

Tiada ulasan: