"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Aiza Fikrit dan Tiz bercuti di London-Maksiat?

sandra 
Salam, terbaca satu artikel di sebuah laman web politik mengenai "Golongan Mahakaya" yang dilebel oleh penulis. Penulis menkritik mengenai cara anak kepada Ahli Parlimen Kuala nerus, Aizat Fikri membawa dan menangung kos untuk bercuti bersama kekasihnya Tiz Zaqyah di London.

Penulis juga membuat perbandingan yang sama terhadap seorang menteri umno yang juga membelanjakan banyak wang untuk kekasihnya yang juga seorang artis.

Sememangnya mereka ini tidak harus boros dalam membelanjakan wang, walaupun wang itu hak mereka tetapi bukankah mereka perlu menjadi contoh yang bagus kepada rakyat, seperti Aizat Fikri dan Tiz Zaqyah yang ternyata bukan muhrim, bercuti bersama diluar negara memberikan satu persepsi yang tidak elok dan boleh mendorong kepada gejala maksiat.
Ini yang dibimbangi kerana rakyat dikampung tidak tahu wajah sebenar manusia ini,di Kuala Nerus beliau dianggap sebagai seorang yang amat baik,berkeliber dan berkredibiliti juga berciri kepemimpinan tetapi rakyat tidak tahu wajah sebenarnya yang kaki perempuan dan boros.Rakyat perlu sedar dan media harus mula bertanya kepada mereka-mereka ini, jangan jadi alat perkakas untuk melindungi mereka.

Tiada ulasan: