"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Perempuan ni mungkin jenis bodoh sombong (Gambar)

Selfie maut atas bangunan
Kuala Lumpur: Tanpa sedikit perasaan takut, seorang gadis menunjukkan keberanian dengan merangkak dan duduk di atas bangunan semata-mata kerana ingin mendapatkan sudut terbaik ketika bergambar selfie.

Perbuatan berani mati gadis berbaju biru itu berselfie di atas sebuah bangunan dipercayai di sekitar ibu kota menjadi viral dan mendapat perhatian ramai selepas gambarnya mula tersebar di laman sosial beberapa hari lalu.

Melalui beberapa gambar yang dimuat naik dalam Facebook dan blog, gadis itu memegang telefon pintar dan monopod untuk mendapatkan sudut terbaik di puncak bangunan yang memperlihatkan persekitaran ibu kota.

Kelakuan gadis itu sama ada untuk kepuasan atau sekadar meraih populariti, diselar pengguna laman maya kerana beranggapan tindakannya itu keterlaluan dan boleh membahayakan diri.

Menurut Pakar motivasi dan kaunseling Klinik Hushim Motivation and Counselling Consultancy Hushim Salleh, aktiviti berkenaan tidak dianggap salah dan tidak pula membabitkan penyakit jiwa seperti pandangan segelintir pihak.

“Selfie ini tiada kaitan dengan sakit jiwa, ia hanyalah trend kerana boleh dikatakan semua orang suka berselfie pada zaman sekarang.
Foto
SEORANG gadis berani mati duduk atas bangunan untuk berselfie.

“Kalau nak jadikan selfie sebagai hobi tak salah, tetapi nasihat saya biarlah bertempat dan jangan sampai membahayakan diri sendiri.

“Walaupun berselfie sudah menjadi trend, tetapi sebelum buat sesuatu lebih baik fikir terlebih dulu sama ada ia membawa kebaikan atau memudaratkan diri sendiri,” katanya mengulas berkaitan kegilaan gadis berkenaan berselfie.

Mengulas lanjut perkara itu, Hushim berkata, dari sudut psikologi tindakan gadis itu sebenarnya adalah untuk meraih perhatian ramai.

“Remaja memang terkenal dengan sikap mereka mencuba benda baru, kadang-kadang mereka suka tunjuk setiap aktiviti dilakukan dalam Facebook, Instagram mahupun WhatsApp.

“Selfie ini sudah trend sebab itu ia menjadi saingan dalam kalangan remaja hari ini.

“Jadi dia mungkin mahukan perhatian lebih supaya orang kagum dan puji kerana mampu melakukan sesuatu yang tidak pernah dibuat orang,” katanya.

Justeru itu, Hushim menasihati orang ramai supaya tidak memperjudikan nyawa semata-mata kerana kegilaan mendapatkan sudut terbaik ketika ingin berselfie seperti dilakukan gadis itu./hmetro

Tiada ulasan: