hishamahmad
Sengketa yang didamaikan. Maka, selesailah satu persengketaan. Bagaimana dengan isu persengketaan, adakah ia juga telah diselesaikan?
Fakta :- Dr Asri mendakwa Ustaz Kazim dengan isu riwayat-riwayat palsu.
Ustaz Kazim tegas menafikan dakwaan itu.
Fakta : Dr Asri mengemukakan bukti, kandungan buku Ustaz Kazim-
kisah Roti Jala dan kuah kari.
Ustaz Kazim membela diri, menghujah ia sekadar perbandingan untuk
mudah faham, orang awam.
Fakta: Dr. Asri seperti ingin mendatangkan lagi bukti.
Ustaz Kazim menuntut originaliti...
Ingat- wahai ilmuan berdua ...
anda berdua bukan sebenarnya mangsa
isu sengketa itu telah dihidangkan kepada rakyat semua
mereka keliru, merekalah sebenarnya mangsa
anda berdua tidak boleh 'cuci tangan' ...
tinggalkan kami semua... tertanya dan kebingungan
selesaikan 'isu' sengketa...
perjelaskan kepada rakyat semua
Selama ini
pelbagai kisah telah disampaikan kepada kami
berpengajaran dan menginsafkan diri
disampaikan secara seloroh dan menghibur hati
kadangkala kami tertawa menampakkan gusi
Kami memaksa diri mempercayai semua
tidak tergamak untuk mempertikaikannya
walaupun kekadang dirasa macam tak logik sahaja...
kerana apa? kerana dirujuk kepada manusia paling mulia
kekasih kita dan kekasih-NYA
Kini kami terfikir sesuatu
Mungkin ada di antara kisah-kisah itu
bersumberkan riwayat palsu
yang secara abai, cuai atau sengaja
dikaitkan dengan diri baginda
Rasulullah s.a.w. yang mulia
Kami semua tak lupa erti satu hadith yang maksudnya
Siapa yang mendustakan baginda
mengundang risiko ke neraka
tolong lah kami wahai kedua tok syeikh
kami hanya mahu kisah yang sahih
Beritahu kami manakah satu kisah-kisah yang palsu
yang telah dihidangkan kepada kami sejak dari dulu
oleh asatizah tidak glamour atau kategori selebriti
tapi bawalah sekali hujah dan bukti
Kami rakyat... sepakat bertekad
ini resolusi yang kami buat
Kami tidak mahu kisah yang sumbernya tidak diketahui
tidak asli atau lemah yang teruk sekali
tak perlu tokok tambah, dilebihkan 'rencah'
bila ia tentang Rasulullah
memadai yang asli,
yang ORI
kami gembira maruah tuan berdua telah terpelihara
bagaimana pula maruah kami rakyat biasa
jika terlibat mendustakan diri baginda
apa kami nak jawab, nanti disana?
Di atas maruah kita semua
maruah Rasul s.a.w. lebih utama
Ayuh! pertahankannya
sepenuh jiwa dan raga.
.
"Bila ia tentang nabi
please bro, hanya yang ORI !"
https://www.facebook.com/hisham.ahmad.1420
1 ulasan:
aney, roti jala satu....kuah kari tarok atas
Catat Ulasan