Tranungkite
Kami akui, siapa mampu menolak maggi kari yang panas-panas kemudian ada pula telur. Itu belum lagi maggi goreng di kedai mamak lagi. Panas ditambah dengan air tangan mamak yang ikhlas bekerja itu, maka jadi lagi sedap maggi yang anda makan.
Istilah mee segera atau sinonim dengan panggilan maggi di Malaysia merupakan satu makanan alternatif terutamanya kepada golongan pelajar. Maklumlah, duit pinjaman PTPTN sudah digunakan sepenuhnya untuk perbelanjaan universiti, mana cukup mahu beli makanan yang berkhasiat.
Melalui sedikit research dan juga pembacaan, kami kongsikan serba sedikit perkara yang berkaitan dengan makanan ini.
1. Masalah Penghadaman
Mungkin anda rasakan tiada apa-apa yang berlaku sepanjang anda makan mee segera. Namun tahukah anda, mee segera mengambil masa yang agak lama untuk dihadam. Jika anda masih pertikaikan mengenai perkara ini, anda boleh saksikan video di bawah nanti. Jika diambil dengan terlalu kerap, maka ia makan mengakibatkan sistem penghadaman anda tidak berfungsi dengan sebaiknya.
2. Kegagalan Buah Pinggang Berfungsi
Kegagalan buah pinggang berfungsi adalah akibat pengambilan sodium di dalam makanan yang terlampau tinggi, lebih dari keperluan badan. Secara mudahnya, sodium inilah yang berfungsi untuk membantu otot dan saraf untuk berfungsi. Namun jika terlebih, ia akan membentuk ketumbuhan di pundi kencing.
Anda ada rakan-rakan yang sakit buah pinggang kerana makan mee segera?
3. Pening Kepala & Pedih Ulu Hati
Semua mungkin tahu mengenai kandungan MSG (monosodium glutamate) yang tinggi di dalam mee segera. MSG berfungsi untuk “menambah rasa” namun dalam masa yang sama ada di kalangan anda yang sebenarnya alergik terhadap bahan ini.
Mungkin antara sedar atau tidak, anda pernah mengalami perkara sebegini namun tidak menghiraukannya kerana beranggapan ia sebenarnya adalah perkara biasa.
4. Melemahkan Fungsi Ketahanan Badan
Anda pernah jumpa orang yang makan mee segera yang sentiasa cergas? Kebanyakan bahan perasa di dalam mee segera adalah tidak sihat dan apabila badan tidak mendapatkan nutrisi yang cukup maka ia akan melemahkan sistem ketahanan badan. Kami sediakan bahan bacaan tambahan pada sumber di bawah.
5. Tekanan Darah Tinggi
Apa lagi yang anda mahu jangkakan jika imbangan diet dan kandungan perasa mee segera yang menjangkaui apa yang badan anda perlukan.
Maka ia akan membawa kepada beberapa penyakit yang berkaitan dengan kagagalan badan berfungsi dengan baik. Antara perkara yang anda mungkin dapat jika meneruskan makan mee segera secara berterusan ialah kolestrol tinggi, diabete dan juga penyakit jantung.
Bukanlah kami menghalang anda untuk makan terus. Kebanyakan penyakit yang ada kebiasaannya akan menjadi leboh teruk jika pengambilan mee segera adalah berterusan. Apa-apa pun, kita mempunyai alternatif untuk mendapatkan makanan yang berkhasiat demi kepentingan kesihatan masa panjang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan