"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Daging anjing ada dijual di pasar Setapak Jaya?

Tranungkite
SEKILAS PANDANG: Ia mungkin kedengaran seperti cerita tipu, tetapi ia bermungkinan besar benar - daging anjing ada dijual di sebuah pasar di Setapak Jaya.

Perbuatan yang dahsyat ini telah mendapat perhatian selepas seorang rakyat Malaysia yang prihatin, memuat naik dua gambar ke akaun Facebook-nya yang bernama Kiosk Kiosk, selepas dia terjumpa seorang lelaki yang didakwa menjual daging anjing di pasar. Beliau menyebut bahawa lelaki itu menjual daging anjing secara terbuka kepada sesiapa yang berminat, sehinggakan ke tahap memuji kebaikan makan daging anjing.
Lelaki itu mendakwa bahawa daging itu juga enak direbus, dipanggang, atau dihidangkan sebagai kaserol. Gambar-gambar menunjukkan seorang lelaki pertengahan umur duduk di sebuah gerai yang kosong di depan sebuah kereta sorong yang mengandungi dua sangkar dipenuhi anjing. Sangkar atas mengandungi seekor anjing, manakala sangkar di bawah mempunyai sekitar tujuh ekor anak anjing.

Gambar-gambar awal itu telah dikongsi sebanyak lebih daripada 800 kali dan telah ditonjolkan oleh sekumpulan penyelamat anjing tempatan, Malaysian Dogs Deserve Better. Pencinta-pencinta haiwan kesayangan yang dikaitkan dengan kumpulan itu telah menyeru supaya tindakan diambil, termasuk membuat laporan polis dan laporan kepada SPCA.


Memandangkan sebuah penipuan baru-baru ini dari Singapura yang melibatkan anjing ‘Huskies', beberapa pengguna Facebook telah menawarkan diri untuk memeriksa pasar Setapak Jaya itu, untuk mengesahkan sama ada benar-benar ada seorang lelaki yang menjual anjing di situ, sebelum mengambil tindakan selanjutnya.


Penjualan daging anjing agak jarang berlaku di Malaysia hari ini, tetapi terdapat satu masa apabila anjing, anak anjing khususnya, telah dijual di pasaran dengan cara yang sama seperti yang ditunjukkan dalam gambar itu.

Seorang rakan saya mengingati detik dia melihat sebuah sangkar dengan anak-anak anjing berwarna hitam di sebuah kedai runcit di pasar Air Itam di Pulau Pinang, semasa dia kecil. Pada masa itu, dia tidak tahu bahawa anak-anak anjing itu adalah untuk dimakan, dan sentiasa tertanya-tanya mengapa anak-anak anjing itu berada di sana.

Menurut beliau, gerai runcit itu sudah ditutup lama dahulu, dan untuk berlaku adil, dia tidak pernah melihat mana-mana anjing itu dijual.

Jika lelaki dalam foto itu benar-benar menjual daging anjing, dia hendaklah dilaporkan dan dihukum oleh pihak berkuasa kerana perbuatan keji ini secepat mungkin. Kekejaman ke atas haiwan tidak boleh dibiarkan, dan perlu dihentikan.

Tiada ulasan: