ANTARA khabar paling hangat diperkatakan kini adalah bekas penyanyi kumpulan Elite dan pelakon Gerak Khas, Abby Abadi dipercayai sudah mendirikan rumah tangga selepas bercerai dengan Muhammad Nor Farhan Che Bakar pada 9 Mei tahun lalu.
Sebelum bersama Farhan, Abby atau nama sebenarnya Arbaeyah Abdul Manan pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Norman Hakim sebelum berpisah pada Disember 2008.
Khabarnya pilihan hati Abby kali ini tak lain tak bukan, seorang ustaz yang pernah digambarkan Abby rapat dengan keluarganya sejak sekian lama sebagai guru mengaji anak-anaknya, dikenali sebagai Ustaz Khairul Azli.
Abby sebelum ini sememangnya pernah memberi ‘hint’ seolah-olah akan berkahwin di laman Instagram namun apabila ditanya peminat dia tidak pernah mengiyakannya secara jelas.
Tup-tup menerusi posting Instagram Ustaz Khairul Azli sendiri, ia seakan-akan mengesahkan mereka kini sudah pun bergelar suami isteri beberapa hari lalu.
Menerusi status akaun Instagram yang kini tersebar, rasanya agak mustahil jika seorang ‘ustaz’ mengeluarkan kata-kata di bawah jika bukan ditujukan kepada isterinya bukan?
Cuma yang kurang difahami, mengapa agaknya perkara ini disorokkan daripada pengetahuan umum?
Bukannya apa, jika perkara baik begini tidak dikongsikan dibimbangi boleh pula tercetus fitnah.
Apa pun, selamat pengantin baru buat Abby dan suami jika benar sudah mendirikan rumah tangga.
Semoga pilihan hati Abby kali ini benar-benar tepat, serasi dan membawa kebahagiaan serta ketenangan buatnya hingga ke akhir hayat.
-MYNEWSHUB.CC-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan