Tranungkite
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyertai suara ramai yang mempersoalkan bagaimana anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz mempunyai kekayaan luar biasa.
Bekas perdana menteri itu berkata ia adalah apa yang rakyat ingin tahu selepas Riza muncul sebagai produser bersama di Hollywood bagi filem calon anugerah Oscar "Wolf Wall Street" filem, yang dibintangi oleh Leonardo DiCaprio dua tahun lalu.
"Filem ini tidak memberi keuntungan. Tidak mungkin filem ini membiayai rumah mewah yang dibeli dengan ratusan juta ringgit atau dolar Amerika,"," kata Dr Mahathir dalam catatan blognya chedet.cc.
"Soalannya jika tidak dari keluarga Tun Razak dari mana datang wang yang banyak ini. Apakah ia hasil daripada perniagaan? Jika ya, apa perniagaan, di mana? Sudahkah cukai pendapatan dibayar? Kepada kerajaan mana?"
Riza menimbulkan persoalan dengan siri pembelian hartanah walaupun hanya bertugas sebagai seorang jurubank junior di London.
Ini didedahkan dalam artikel oleh New York Times baru-baru ini, yang menampilkan ahli perniagaan Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, dan harta serta peranannya sebagai pelabur hartanah, transaksi yang melibatkan pelbagai pihak, termasuk Riza.
Low juga dikaitkan dengan skandal syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang dibebani hutang sehingga RM42 bilion.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan