"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mayat tergantung di pokok (Gambar)

Shah Alam: Seorang lelaki warga Myanmar berusia 21 tahun ditemui tergantung di pokok di taman rekreasi di Persiaran Setia Indah, Setia Alam di sini, pagi tadi.

Mayat lelaki terbabit ditemui kira-kira 7 pagi oleh sepasukan polis bantuan kawasan perumahan berkenaan yang menjalankan rondaan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, siasatan awal pihaknya mendapati mangsa adalah pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).

Beliau berkata, siasatan awal pada tubuh mangsa tidak menemui sebarang kecederaan dan siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian.

"Mayat lelaki terbabit dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk bedah siasat dan polis bekerjasama dengan pihak UNHCR Kuala Lumpur untuk mendapatkan maklumat lanjut," katanya kepada Harian Metro, hari ini.
-hmetro-

Tiada ulasan: