"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Kakak saya tak hilang'

noorkumalasari,anitaKuala Lumpur: Penyanyi dan pelakon era 80-an, Noorkumalasari, 59, lega apabila kakaknya, Anita Sarawak, 63, akhirnya menghubungi keluarga mereka kelmarin selepas didakwa ‘hilang’ sejak dua bulan lalu.
Noorkumalasari berkata, Anita menghubungi adiknya, Noor Jumaatua dari Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) kelmarin untuk mengucapkan ulang tahun kelahirannya kelmarin.

“Menurut adik saya, Anita sihat dan dalam keadaan baik saja," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Noorkumalasari berkata, dia ada bercakap dengan Anita dua bulan lalu dan selepas itu kakaknya terus mendiamkan diri sekali gus membuatkan dia dan keluarga bimbang.

Sebuah portal berita sebelum ini melaporkan Anita yang berada di AS ‘hilang’ dan gagal dihubungi sejak Mac lalu.

"Saya tak cakap dia hilang, cuma pelik kenapa dia tidak menghantar mesej bertanya khabar seperti kebiasannya.

“Apabila dia senyap, tentu saja kami sekeluarga bimbang terutama soal kesihatannya. Namun, apabila dia hubungi adik saya kelmarin, barulah saya lega,” katanya.
-hmetro-

Tiada ulasan: