"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wartawan mati meniarap di rel kereta api di Sentul

Seorang editor akhbar berbahasa Tamil, Tamil Malar dipercayai membunuh diri pagi tadi.
Menurut polis, Anamalay Kandasamy meniarap di atas landasan di stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Sentul sebelum dilanggar.

Menurut maklumat saksi, dalam kejadian jam 10.35 pagi tadi, walaupun kereta api Komuter telah membunyikan hon, mangsa tidak berganjak.

Hasil pemeriksaan mendapati mayat lelaki itu telah terputus dua dan polis mengklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP R Munusamy berkata, hasil siasatan awal mendapati ia mungkin cubaan membunuh diri.

Polis masih menyiasat punca sebenar kejadian.

Anamalay, 67, seorang editor yang bertugas di pejabatnya di Jalan Ipoh Kuala Lumpur dan dikatakan tinggal seorang diri berhampiran stesen itu.

Mayatnya akan dibedah siasat petang ini bagi mengetahui punca sebenar kematian.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: