Massachusetts: Seorang wanita tidak tahu malu apabila melakukan aksi oral seks kepada seorang lelaki di sebuah stesen keretapi bawah tanah.
Kejadian itu berlaku sekitar 7.30 malam di stesen State Street.
Aksi mengejutkan tersebut telah dirakam oleh salah seorang penumpang keretapi berkenaan.
Dia kemudiannya menghantar gambar itu kepada Massachusetts Bay Transportation Authority (MBTA) melalui media sosial, mendesak tindakan diambil ke atas individu terbabit.
“Wahai MBTA, saya faham bahawa anda menghadapi masalah kewangan dan sukar untuk mengekalkan sistem yang telah rosak.
“Bagaimanapun duit cukai saya terpaksa digunakan oleh pasukan polis untuk menyiasat kes ini, kerana saya tidak tahan melihat aksi jijik ini,” katanya.
Susulan itu, pihak polis kini sedang mengesan pasangan terbabit dan mereka yang terlibat akan ditangkap.
“Kita tidak akan bertolak ansur dalam kes ini. Sepanjang 20 tahun berkhidmat sebagai anggota polis, ini kali pertama saya berdepan dengan kejadian ini,” kata pegawai polis Richard Sullivan./klpost
Tiada ulasan:
Catat Ulasan