"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Video nenek disepak, terajang jadi viral

Sepasukan polis yang menyiasat video yang memaparkan seorang nenek yang disepak dan terajang oleh cucunya yang tersebar luas di media sosial dimaklumkan oleh mangsa bahawa ia hanya gurauan dan meminta kes berkenaan tidak diteruskan.

Ketua Polis Daerah Cheras Chong Kok Sin berkata, semasa siasatan awal, mangsa mendakwa bahawa mereka sering bergurau seumpama itu.

"Ini adalah kumpulan rakan-rakannya dan menurutnya itu adlah cara mereka bergurau satu sama lain," kata Chong kepada Malaysiaw qqkini hari ini.

Mangsa yang juga tidak mahu siasatan diteruskan berkata dirinya gembira tinggal di lokasi kejadian, iaitu di Flat Sri Pulau Pinang, Cheras di Kuala Lumpur.

Menurut Chong, cucu mangsa yang sebelum ini membuat laporan polis juga telah menarik balik laporannya, sambil menambah tidak ada tanda sebarang kecederaan yang dialami wanita itu.


Video yang telah diedarkan di media sosial sejak semalam menun jukkan seorang wanita tua berbangsa India mencangkung di lantai dan dipukul berulang-kali oleh seorang wanita yang lebih muda.


Wanita tua itu kemudiannya mencampakkan semangkuk air pada wanita muda itu yang bertindak dengan menolak dan memukulnya dengan tangannya sebelum mencapai tali pinggang kain.

Sementara itu, beberapa individu lain dalam video itu kelihatan cuba meleraikan mereka tetapi disusuli dengan seorang lagi gadis muda yang tambil memukulnya pula.

Perkataan mencarut dalam bahasa Tamil juga dilaporkan kedengaran dalam video itu.

Menurut polis, mangsa mempunyai dua anak lelaki pertengahan umur tetapi enggan tinggal bersama mereka kerana tidak rapat dengan menantunya.

Mangsa mendakwa telah menetap di rumah itu selama kira-kira tiga bulan dan menegaskan kepada pihak polis bahawa dia selesa di sana kerana diberi makan dan pakaiannya dibasuh oleh suspek.


Sementara itu, Ketua Pemuda MIC Bahagian Puchong Subash Chandra Bose memberitahu Malaysiakini bahawa mereka juga telah melawat wanita tua itu selepas menerima mesej dan panggilan daripada orang ramai yang menyaksikan video tersebut.


Subash berkata, mereka juga diberitahu cerita yang sama oleh wanita itu, bahawa segala-galanya tadalah satu gurauan.

"Katanya, dia okay, gembira dan bahawa ia hanya gurauan.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: