"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mufti Wilayah bertemu dan berpelukkan dengan ketua biskop

Pertemuan mesra mufti, ketua biskop bincang isu toleransi
Ketika pelbagai isu melibatkan umat Islam-Kristian di Malaysia baru-baru ini, berlaku pertemuan muhibah kedua-dua tokoh agama itu.

Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad semalam menerima kunjungan Ketua Paderi Kuala Lumpur Julian Leow Beng Kim di pejabatnya di Kuala Lumpur.

Zulkifli memuat naik gambar pertemuan yang dianggapnya “bersejarah” dalam Facebook beliau.

Ia antaranya memaparkan kemesraan mereka berdua bersalaman, berbincang, bergambar bersama dan malah berpelukan.

Beberapa orang kelihatan turut serta dalam pertemuan itu.

Menurut gambar-gambar yang dimuat naik, Zulkifli hadir berkopiah merah-putih, manakala Leow pula memakai rantai salib.

Dalam satu acara Leow kelihatan menadah tangan seperti berdoa seakan-akan amalan orang Islam.
“Pelbagai isu yang dibincangkan bersama khususnya perihal konsep kepelbagaian masyarakat, toleransi, dan sikap hormat-menghormati antara agama,” kata Zulkifli.

Usaha itu dijayakan oleh pendakwah mualaf terkenal Shah Kirit daripada Global UNITY Network.

Bulan lalu masyarakat Kristian meluahkan rasa tidak puas hati dengan seminar “Ancaman Gerakan Pemurtadan Kristianisasi” yang dianjurkan di kampus UiTM di Lendu, Melaka.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: