"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mahfuz Omar tempelak pemimipin tertinggi PAS

Laksana Kerajaan Teknokrat di Kelantan dahulu- Mahfuz
Mohamad Fadli

Datuk Mahfuz Omar
PETALING JAYA: Cadangan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai pembentukan Kerajaan Teknokrat dalam negara sepatutnya dilaksanakan di Kelantan terlebih dahulu.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata cadangan itu seharusnya diteroka oleh kerajaan PAS di Kelantan dengan meminda perlembagaan atau undang undang tubuh negeri Kelantan bagi membolehkan kuasa politik yang diperolehi dalam pilihan raya melantik menteri besar dan Exco Kerajaan Negeri daripada kalangan profesional yang bukan daripada kalangan ADUN dengan berasaskan kelulusan akademik untuk mentadbir dan membangun negeri Kelantan.

“Ini supaya menjadikan Kelantan sebagai guru politik di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mahfuz akui ia satu cadangan yang baik tetapi tidak boleh dibiar tanpa sebarang permulaan supaya membolehkan rakyat yakin terhadap idea baharu politik matang itu.

“Oleh itu, adalah diharapkan pimpinan PAS akan meneroka perlaksanaannya di Kelantan. Jika tiada usaha untuk Kelantan melaksanakannya, ini akan dilihat cadangan tersebut hanya sekadar permainan di bibir sahaja,” tekannya.

Mahfuz juga berkata pelaksanaan Kerajaan Teknokrat sukar dilaksanakan dalam kerajaan Barisan Nasional dan UMNO kerana kebanyakan pemimpinnya menanggap pelantikan dan memperolehi apa-apa jawatan dalam kerajaan seperti mendapat lombong emas.

“Cadangan yang baik ini sukar diterima oleh pemimpin politik bebal seperti Najib (Datuk Seri Najib Razak) dan UMNO/BN. Ini yang sedang berlaku di dalam negara.

“Perebutan untuk menduduki apa-apa jawatan dalam kerajaan di kalangan pemimpin politik, sedangkan negara dan negeri terabai serta rakyat menanggung penderitaan yang sangat malang,” jelasnya.
-.freemalaysiatoday-

Tiada ulasan: