"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Jadi hina kerana tak amalkan Islam: Pengantin ditumbuk gara-gara duit hantaran tak cukup (video)

kawin
Kuala Lumpur: Hasrat seorang pengawal keselamatan untuk melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya punah selepas dia ditumbuk oleh ahli keluarga wanita terbabit dalam satu kejadian di Masjid Jamek Al-Khadijiah, Pantai Dalam di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.15 petang itu, mangsa ditumbuk selepas mahu beredar dari masjid tersebut kerana tidak dibenarkan meneruskan majlis akad nikah gara-gara tidak menyediakan wang hantaran mencukupi sebanyak RM15,000.

Menurut sumber, ahli keluarga mangsa sebelum ini sudah bersetuju untuk membayar jumlah hantaran RM15,000 ketika mereka datang merisik pada Januari lalu.

“Ketika merisik, pihak lelaki meminta untuk membayar sebanyak RM7,500 sebagai wang hantaran, namun pihak pe­rempuan meminta sejumlah RM15,000.

“Pengantin lelaki yang bersetuju de­ngan jumlah itu, namun meminta supaya wang hantaran tersebut dibayar secara ansuran iaitu sebanyak RM10,000 sebelum majlis perkahwinan dan baki lagi RM5,000 dibayar selepas majlis,” katanya ketika dihubungi semalam.

Difahamkan, pengantin lelaki berusia 27 tahun itu hanya bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan dengan gaji sebanyak RM1,500 sebulan.

Pengawal keselamatan itu dikatakan sudah bercinta dengan kekasihnya yang berusia 21 tahun sejak tiga tahun lalu.

Menurut sumber itu lagi, pengantin lelaki sudah membayar RM10,000 secara ansuran sebelum majlis perkahwinan itu berlangsung, bagaimanapun pihak pe­ngantin perempuan tidak membenarkan akad nikah diteruskan selagi mangsa tidak membayar baki RM5,000.

“Tidak bersetuju dengan permintaan itu, pengantin lelaki bersama keluar­ganya memutuskan untuk meninggalkan majlis akad nikah sebelum dia ditumbuk oleh seorang ahli keluarga pengantin perempuan,” ujarnya.

Kata sumber itu, keadaan di pekara­ngan masjid kemudian bertukar kecoh apabila berlaku aksi memaki hamun dan pergelutan antara ahli keluarga kedua-dua pengantin.
-Kosmo-

Tiada ulasan: