FMT Reporters
PETALING JAYA: Jijik dan pengotor!
Itu yang boleh digambarkan mengenai sikap seorang peniaga yang menjual apam balik dan minuman bungkus apabila mengambil jalan mudah iaitu kencing sambil berdiri di tempatnya berniaga tanpa mempedulikan orang di sekeliling.
Aksi lelaki terbabit yang berusia lingkungan 50 tahun telah dirakam oleh pengunjung Pasar Kota Jembal di Kota Bharu, Kelantan dan videonya yang dimuat naik di laman sosial menjadi viral.
Rakaman itu diambil pada Jumaat lepas dan pengguna alam maya yang telah menontonnya memberi kritikan terhadap perbuatan lelaki itu yang dianggap sangat menjijikkan.
Pengguna Facebook yang menggunakan nama Ckcm Prada Original yang memuatnaik visual tersebut telah menulis pada ruangan status;
“Berlaku di Pasar Kedai Lalat. Mohon berhai-hati bila membeli apam dan air segera..Perkara yang tak patut berlaku..Amat mendukacita, memalukan dan menjijikkan..Pihak berwajib seperti Jabatan Kesihatan Negeri pantau pasar-pasar di sekitar Kota Bharu,” tulisnya.
Pemerhatian terhadap visual mendapati, lelaki terbabit menadah air kencing di dalam plastik minuman yang digantung di meja tempatnya berniaga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan