"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

NAJIB (dan 1MDB) KINI TERBELIT SIMPUL MATI.

Otai BERSIH
Sehari dua ni dari lenggok kenyataan Arul Kanda dan pemakan dedak, nampak nya mereka seolah olah dah mula memutarkan cerita yang kononnya 1MDB adalah MANGSA PENIPUAN. Di tipu oleh syarikat Aabar Investment PJS (BVI).

Arul Kanda yang sebelum ni BERMATI MATIAN mempertahankan konon nya segala nya berjalan lancar di dalam 1MDB. Dan hanya Tun M dan pembangkang yang memandai mereka cerita dan MENABUR FITNAH konon nya 1MDB bermasalah.

Dan perubahan lenggok ni tak lain adalah bertujuan untuk melepaskan leher DS Najib yang SEMAKIN TERJERUT apabila syarikat Aabar/IPIC melalui 'London Stock Exchange', membuat KENYATAAN RASMI menafikan sebarang HUBUNG KAIT dengan syarikat Aabar PJS Limited (BVI). Syarikat yang nama nya SEAKAN SAMA dengan Aabar PJS Limited, iaitu salah sebuah anak syarikat, syarikat dana kekayaan Abu Dhabi tersebut.

Oh ya...!. Siapa dan apa Aabar PJS Limited (BVI) dan apa kaitan nya dengan 1MDB..?

Syarikat yang konon nya mempunyai kaitan dengan Aabar/ IPIC, syarikat yang menguruskan dana kekayaan negara pengeluar minyak Abu Dhabi. Yang pada tahun 2012 menjadi PENJAMIN kepada pinjaman 1MDB bernilai USD3.50 billion (RM14 billion). Cuma yang PELIK nya, pinjaman di atas nama 1MDB tetapi kesemua duit nya di pegang oleh Aabar BVI. Konon nya sebagai SEKURITI di atas jaminan yang di beri oleh syarikat tersebut. Dan nak jadi cerita, bulan Jun tahun lepas Aabar (BVI) GULUNG TIKAR dan CEO nya di penjarakan oleh kerajaan Abu Dhabi atas tuduhan menipu. Jadi nampak nya USD3.5 biliion tu HANGUS macam tu aje lah.

Betul ke KESEMUA dana berjumlah USD3.5 billion tu di SONGLAP oleh Aabar BVI.?.

Menurut pendakwaraya Switzerland, sebahagian wang tersebut telah di pindahkan ke syarikat Red Granite (yang menerbitkan filem Wolf Of Wall Street) milik RIZA AZIZ anak tiri Najib. Manakala DUA PENJAWAT AWAM di negara ni juga turut MENDAPAT HABUAN dari dana tersebut.

Dan setakat ni penjawat awam yang kita ketahui mempunyai kaitan langsung dengan 1MDB ialah MENTERI KEWANGAN Malaysia. Iaitu Dato Seri Daeng Mappadulung Mattimun Sembrone Najib Razak di atas kapasiti beliau sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB yang berkuasa penuh ke atas 1MDB. Mengatasi kuasa pengurusan dan Ahli Lembaga Pengarah syarikat tersebut. Berkuasa penuh membawa maksud, SEGALA urusniaga dan pelaburan 1MDB perlu terlebih dahulu MELALUI serta mendapat KELULUSAN beliau.

Persoalan nya sekarang, dengan kelayakan professional dan pengalaman kakitangan pengurusan serta ahli Lembaga Pengarah nya, tak kan semudah tu 1MDB menjadi mangsa penipuan?. Apa pun, yang jelas setakat ni semua ahli Lembaga Pengarah 1MDB MENUDING JARI kepada bekas CEO, Dato Shahrol Helmi. Manakala Dato Shahrol Helmi pulak kata semua transaksi terdapat tandatangan Najib. Di tandatangan semasa beliau di dalam keadaan sedar dan waras.

PS...Peguam Negara kini di rawat di hospital. Dan secara kebetulan pada ketika kumpulan penyiasat kerajaan Switzerland berada di negara ni untuk bertemu beliau. Bersama lah kita doakan semoga beliau cepat sembuh ya..

Tiada ulasan: