"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PANAS!!! Kemana hilang 2 buah bas amfibia Terengganu?

BORHAN AHMAD
4 pemimpin dan wakil rakyat Terengganu menunjukkan salinan repot polis mereka kepada media selepas membuat laporan polis.
4 pemimpin dan wakil rakyat Terengganu menunjukkan salinan repot polis mereka kepada media selepas membuat laporan polis.
Kemanakah hilangnya dua buah bas amfibia berharga RM6 juta yang dibeli oleh kerajaan negeri Terengganu sejak tahun 2014 lagi kini menjadi isu di Terengganu.

Hari ini, tiga wakil rakyat Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Adun Batu Burok), Azan Ismail (Adun Bandar) dan Datuk Raja Bahrin Shah (MP Kuala Terengganu) membuat laporan polis berkaitan dengannya. Turut serta adalah Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hin.

Laporan polis itu dibuat di Balai Polis IPK Kuala Terengganu pagi ini.

Laporan media pembelian 2 buah bas amfibia oleh kerajaan negeri Terengganu 2 tahun lalu.

Dalam laporan polis tiga wakil rakyat itu, mereka menuntut polis menyiasat di manakah kedua-dua buah bas yang ditempah oleh kerajaan negeri sejak 2014 itu berada sekarang.

Yang kedua, mereka meminta polis menyiasat berapakah jumlah sebenar harga bas itu.

Yang ketiga, mereka meminta polis menyiasat apakah ada unsur-unsur pecah amanah dalam pembelian itu.

Kerajaan negeri Terengganu di bawah pimpinan Datuk Seri Ahmad Said ketika itu membuat keputusan membeli dua buah bas amfibia dari Malta.

Bas yang mempunyai pelbagai fungsi itu, dikatakan akan memberikan manafaat kepada rakyat Terengganu.

Menurut laporan media juga, Ahmad Said telah mengesahkan pembelian itu dengan membuat bayaran tempahan 50% dari harga bas itu iaitu 600,000 Euro setiap koc.

Bas itu dijangka akan tiba di Terengganu pada bulan Mei 2015, namun sehingga kini ia belum diketahui statusnya.

Menteri Besar Terengganu sekarang, Datuk Seri Ahamd Razif Abdul Rahman juga mengesahkan dalam satu kenyataan, bas itu akan beroperasi mulai 2015.

Tiada ulasan: