"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anak siapa ni...?

Safeek Affendy Razali

SEORANG bayi lelaki diletakkan dalam kotak ditemui dalam kawasan surau di AU1, Taman Keramat, Ampang, malam tadi.

Bayi yang lengkap berpakaian dan masih hidup itu ditemui jemaah surau di Jalan AU1A/3E, Taman Keramat, pada 8.56 malam sebelum memaklumkan kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias, pihaknya kemudian mengarahkan sebuah kereta peronda polis ke lokasi kejadian.


“Pemeriksaan mendapati bayi masih bernyawa itu diletakkan dalam kotak warna coklat bersama lampin pakai buang dan susu.

“Pegawai perubatan yang melakukan pemeriksaan turut mengesahkan bayi dalam keadaan sihat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya kemudian membawa bayi itu ke Hospital Ampang untuk rawatan dan pemeriksaan susulan.

Katanya, bayi kini berada dalam keadaan stabil dan ditempatkan di Zon Kuning.

“Sehingga kini, kita (polis) masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenalpasti ibu bapa dan pihak bertanggungjawab meletakkannya di surau berkenaan.

“Orang ramai yang memiliki maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu siasatan,” katanya.

Penemuan bayi berkenaan mula tular dalam laman sosial sejak 11 malam tadi.

Tiada ulasan: