Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pasrah jika parti itu akan mengambil tindakan disiplin ke atasnya.
Ditemui di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya petang ini, Syed Saddiq berkata, beliau memasuki politik dengan matlamat mahu menentang pemimpin yang terlibat dengan rasuah.
Ahli parlimen Muar itu juga menegaskan beliau tidak setuju Bersatu bekerjasama dengan Umno secara en bloc terutama ketika ia adalah parti yang terbesar dalam kerajaan.
"Apabila saya menyatakan pendirian ini - kerana saya tak ingin bersekongkol dengan pemimpin rasuah - dan tindakan (mahu) diambil ke atas saya, biarlah... kerana saya percaya dan berpegang kepada prinsip berani kerana benar," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan