Kebuntuan antara BN dan Perikatan Nasional (PN) Sabah selesai apabila Pengerusi Bersatu Sabah Hajiji Mohd Noor dipilih untuk menjadi ketua menteri baru Sabah.
Gabungan Rakyat Sabah - merangkumi BN, PN dan Parti Bersatu Sabah (PBS) - mencapai konsensus itu hari ini, dua hari selepas menang dalam pilihan raya negeri.
Perkara itu diumumkan Hajiji sendiri dalam satu sidang media bersama Pengerusi BN Sabah Bung Moktar Radin di sebuah hotel di Kota Kinabalu, yang menjadi bilik gerakan PN ketika PRN.
"Kami telah setuju sebulat suara untuk menamakan saya sebagai ketua menteri Sabah," kata Hajiji.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan