"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kenapa saya sertai AMANAH

NASUHA RAHMAN

“Tidak ada parti lain berpandukan kepada Maqasid Syariah, AMANAHlah satu-satunya,” kata Mantan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof sebaik ditanya kenapa beliau memilih AMANAH sebagai wadah perjuangan.

Mantan Hakim Mahkamah Rayuan juga berkata, AMANAH sebagai sebuah parti mementingkan prinsip Maqasid Syariah dan disebabkan itulah pentingnya ada sebuah lagi parti Islam.

“AMANAH menjadi parti Islam untuk seimbangkan parti-parti yang lain,” katanya yang sukar melihat parti lain yang berpandukan Islam terutama Maqasid Syariah.

Beliau juga sangat tertarik dengan AMANAH di mana mempunyai pucuk pimpinan selain kawan-kawan yang berprinsip, mempunyai keyakinan diri serta ada kepakaran.

Mohamad Ariff sebelum ini menjadi anggota Majlis Penasihat Pakar AMANAH merangkap pengerusi lembaga disiplin dan tata tertib, bagaimanapun melepaskan semua jawatan di dalam parti kerana dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat ketika pentadbiran Pakatan Harapan selepas PRU14 lalu

Tiada ulasan: