"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lagi kemalangan maut melibatkan lori

Lelaki maut rentung, lori rempuh belakang lori balak

Erika George
am@hmetro.com.my
PASUKAN bomba sedang berusaha mengeluarkan mayat mangsa dari bahagian kerusi duduk pemandu. FOTO Ihsan JBPM
PASUKAN bomba sedang berusaha mengeluarkan mayat mangsa dari bahagian kerusi duduk pemandu. FOTO Ihsan JBPM
Bintulu: Lelaki rentung selepas lori sarat dengan muatan batu dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah lori yang sarat dengan muatan kayu balak lalu terbakar dalam kemalangan di Batu 27, Jalan Bintulu-Miri dekat sini, malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak dalam kenyataannya hari ini berkata, identiti mangsa masih belum diketahui.

"Sejurus berjaya dikeluarkan, mayat mangsa diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Terdahulu katanya, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung insiden pada 10.01 malam.

Katanya, sampai di lokasi, bomba mendapati kemalangan membabitkan dua kenderaan yang mana lori dipandu mangsa merempuh bahagian belakang sebuah lori yang sarat dengan muatan kayu balak.

Beliau berkata, bomba bertindak memadam kebakaran.

"Setelah hampir dua jam bertungkus lumus memadam kebakaran, api akhirnya berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya pada 12.10 tengah malam," katanya.

Katanya, pemeriksaan ke atas lori yang terbakar mendapati seorang lelaki yang juga pemandu lori terperangkap pada bahagian kerusi duduk pemandu.

Beliau berkata, pemandu lori balak terbabit bagaimanapun gagal untuk dikesan.

Tiada ulasan: