| Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun membidas sesetengah pemimpin ulama yang tidak memahami konsep sebenar kepimpinan ulama bagi mewujudkan barisan kepimpinan yang mantap. Kepimpinan ulama yang sebenarnya ialah kombinasi antara kalangan ulama dengan profesional bagi memantapkan masa depan parti, katanya seperti dilaporkan Bernama. Beliau, juga ADUN Bukit Tuku, diminta mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Mohamad Daud yang mencadangkan jawatan presiden dan timbalan presiden diberi kepada ulama bagi memastikan kesinambungan masa depan parti. Abdul Fatah berpendapat saranan Mohamad itu tidak berbangkit kerana kombinasi antara dua golongan itu penting jika PAS mahu terus diterima oleh semua peringkat pengikut sepanjang masa. Sehubungan itu, beliau mahu pemimpin terbabit diberi pendedahan mengenai konsep itu seperti yang diputuskan oleh Dewan Pemuda PAS pada muktamar agung parti 20 tahun lalu, di Bukit Mertajam. "Saya bimbang jika konsep kepimpinan ulama ini tidak difahami, sesetengah ahli PAS mahu PAS hanya dimonopoli oleh golongan ulama," Abdul Fatah dipetik berkata hari ini. Semalam Mohamad dilaporkan berkata, kepimpinan tertinggi PAS perlu diterajui golongan ulama. "Orang nombor satu (presiden) dan nombor dua (timbalan presiden) mesti ulama. "Sebab kalau orang nombor satu ada tugasan lain, seperti cuti, sakit dan sebagainya, tugasnya mesti diambil oleh orang nombor dua," Mohamad dilaporkan berkata. Beberapa tokoh PAS yang bukan daripada golongan ulama kini disebut-sebut berminat mencabar penyandangnya Nasharuddin Mat Isa. Nama-nama yang dicalonkan itu termasuklah dua naib presidennya Datuk Husam Musa, Mohamad Sabu dan pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali. -malaysiakini- |
Ulama dibidas, tidak faham kepimpinan PAS
UMNO Johor Gadai Tanah Pada Singapura
Di Perak, UMNO main isu Nizar jual tanah pada Cina. Rata kampung diorang ulang fitnah ni. Rupanya bangsa UMNO ni bangsa hipokrit. Bak kata orang tua2, mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.
Berita ini diambil dari blog Penarik Beca@Bakaq. TQ pada Pak Bakaq atas "research" yang beliau telah buat. Syabas.
Umno gadai tanah Johor kepada Singapura
KUALA NERUS, 15 Mei 2006 (Hrkh) - Pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) didakwa telah menggadai sejumlah tanah di negeri Johor kepada kerajaan Singapura pada awal tahun 1980-an lagi.
Pemimpin Umno pada waktu itu telah menyerahkan tanah seluas 51,170 hektar kepada Singapura dengan bayaran RM350 juta, kata Pengerusi Majlis Tindakan Rakyat Kelantan, Datuk Paduka Ibrahim Ali.
Beliau mendakwa Menteri Petanian dan Asas Tani yang juga bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanggungjawab menggadai tanah-tanah orang Melayu kepada Singapura.
Saya terkejut, rupa-rupanya pada tahun 1980 sewaktu Muhyiddin Yassin jadi Menteri Besar dan waktu itu Musa Hitam jadi Timbalan Perdana Menteri tiada siapa pun tahu didedahkan bahawa pada tahun 1981, kerajaan Johor di bawah Muhyiddin telah menyerahkan tanah di kawasan Sungai Lingu iaitu di Bandar Tenggara Johor sebanyak 51,170 hektar kepada kerajaan Singapura, jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Ceramah Perdana Menentang Penghinaan Terhadap Islam di perkarangan Maahad Tahfiz Wa-Tarbiyyah Darul Iman, Tok Jiring, baru-baru ini.
Katanya, kawasan tersebut tidak jauh dengan Kota Tinggi yang merupakan kawasan hamparan air seluas 51,170 hektar.
Menurutnya, kawasan berkenaan dipajak kepada kerajaan Singapura selama 60 tahun dengan kadar bayaran RM350 juta dan tidak dibenarkan sesiapa pun memasukinya sekarang ini.
Beliau mendapat maklumat tersebut ketika menghadiri suatu Majlis Dailog Kepentingan Bangsa Peringkat Negeri Johor pada 7 Mei lalu bersama Tengku Razaleigh Hamzah.
Menurutnya, taklimat tertutup itu dikendalikan oleh bekas Setiausaha Kerja Umno Johor, Encik Hamzah Othman yang juga bekas pengerusi guru-guru besar bersara.
Sebelum itu, ada satu taklimat tertutup yang diberi oleh Encik Hamzah Othman, bekas pengerusi guru-guru besar bersara yang pernah jadi Setiausaha Kerja Umno Johor dahulu sewaktu Muhyiddin Yassin jadi Menteri Besar. Dia bagi taklimat dengan tayangan slide, cukup dari segi maklumat, dengan petanya, pelan toponya, jelasnya di hadapan lebih 10,000 orang hadirin.
Sehubungan itu, beliau turut melahirkan rasa kesal dan dukacita setelah enam tahun menganggotai Ahli Majlis Tertinggi Umno dan 13 tahun menjadi Ketua Bahagian Umno tidak mengetahui isu tersebut.
Katanya, empangan tersebut dibuat setinggi 193 meter dan jika pecah atau dipecahkan seluruh Kota Tinggi termasuk Bandar Tenggara boleh tenggelam.
- Tulang Besi
Andainya Anwar Ditahan, Nizar Akan Mengetuai Pakatan
That's right and Kak Wan will be the spokesman. It's not me who is suggesting this, it's a reader of my blog. The quote can be seen below:
"sman said...Khabar angin Anwar akan di penjara terdapat juga dlam tulisan Raja Petra,dan saya sendiri pun memang sedia merasakan bahawa Anwar akan terpenjara semula,dgn kes sodominya sekarang ini.lihat saja tindak tanduk mahkamah dalam beberapa kes akhir-akhir ini,terutama berkaitan dengan Perak.
Tapi,saya sudah pun mengarah anak buah di bahagian saya supaya bersedia dan saya juga berharap PKR seluruh negara menjalankan strategi yg sama.Dan kita akan mengeluarkan kembali Anwar selepas pilihanraya 2013 nanti.
Persediaan yang pertama ,ialah kita kena menerima pimpinan baru bagi PR bagi mengganti kan Anwar buat sementara waktu,ia itu DS Nizar MB Perak.Beliau telah pun di terima oleh segenap rakyat tanpa mengira bangsa.Kekurangan beliau berbanding Anwar hanyalah dalam soal hubungan luar negara,yg lain semuanya agak ok."
I think he makes perfect sense. And seeing that this is coming from a PKR activist carries more weight.
I for one thinks YB Nizar fit the bill to lead Pakatan, that is if BN doesn't arrest him first for treason against the king charges.That will ensure UMNO another 50 years of rule in Malaysia. and it will promise Najib another 50 years of rule as well.
- Tulang Besi