"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PAS kutuk serangan di Selatan Thailand

Irwan Muhammad Zain

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Hrkh) - PAS mengutuk keras serangan yang dilakukan ke atas umat Islam di selatan Thailand.

Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang mendesak agar tindakan tegas diambil ke atas pihak-pihak yang melakukan keganasan tersebut.

"PAs mengutuk serangan yang berlaku di Selatan Thailand dan amat kecewa dengan apa yang berlaku.

"Kami juga mendesak agar siasatan segera dilakukan dan satu tindakan tegas perlu diambil ke atas pihak-pihak yang melakukan serangan ini," tegas Hadi.

Beliau juga menjelaskan, PAS bersedia untuk memainkan peranan penting untuk menyelesaikan konflik di Selatan Thailand jika mendapat jemputan.

PAS, kata Hadi, tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan mana-mana pihak di Selatan Thailand.

Selatan Thailand bergolak lagi pada 9 Jun lalu bila 11 jemaah ditembak ketika solat isyak di Masjid Al-Furqan di Kampung Air Tempayan, Sungai Golok kira-kira pukul 8.50 malam (waktu Malaysia).

Setelah melepaskan tembakan dari dua pintu masuk masjid, enam penyerang itu dikatakan masih tidak berpuas hati dan masuk ke dalam masjid sebelum melepaskan beberapa das lagi tembakan bagi memastikan jemaah terbabit benar-benar mati.

Tragedi terbaru yang menjadikan masjid sebagai sasaran, berlaku pada hari yang sama Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva melawat Malaysia dan memperbaharui komitmen untuk mengakhiri konflik yang berlarutan sejak 2004 di wilayah bergolak itu.

Kejadian itu menambahkan jumlah korban yang kini mencecah lebih 3,700 orang dan masyarakat Islam di wilayah itu bimbang kejadian lebih buruk akan menyusul semula dan ramai yang percaya kejadian terbaru didalangi pihak berkuasa.

Bagaimanapun sehingga kini masih belum dapat dipastikan motif sebenar pembunuhan kejam itu tetapi ada yang berpendapat berpunca daripada dendam dan pihak tentera Thai menafikan sebarang pembabitan anggota mereka.


Adnan Yaakub komen kemenangan Tuan Ibrahim

Basiron Abdul Wahab

TEMERLOH 12 Jun (Hrkh) - Kejayaan Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man menjadi Naib Presiden PAS Pusat turut mendapat reaksi daripada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakub.

Adnan dilaporkan media sebagai berkata, kemenangan pemimpin PAS dari Pahang itu tidak memberi sebarang implikasi kepada rakyat negeri ini kerana pemimpin PAS terbabit kurang mendapat sokongan rakyat dan kalah dalam beberapa pilihan raya umum di negeri ini termasuk pada Pilihan Raya Umum Ke-12, 8 Mac lalu, ia tidak memberi kesan kepada Barisan Nasional (BN) Pahang.

Ketika berucap pada majlis perasmian Bangunan PAS Pahang, 9 Jun lalu, Tuan Ibrahim turut mengulas kenyataan Adnan itu.

Menurutnya, beliau bukanlah pemimpin Umno-BN dan memang benarlah sebagaimana kenyataan Adnan kemananganya tidak memberi kesan apa-apa kepada parti Umno-BN.

Saya tiada kena mengena dengan Umno-BN, saya bukan pemimpin Umno, sememangnya tidak memberi apa-apa kesan kepada parti itu, jika saya pemimpin Umno sudah tentu ia akan memberi kesan pemimpin Umno terbabit," ujarnya.

Adnan pernah bertanding untuk merebut jawatan Naib Presiden Umno tetapi kalah kepada Isa Samad, Mohd Ali Rostan dan Mohd Muhamad Taib. Dalam Perhimpunan Agung Mac lalu Adnan gagal merebut tempat di dalam Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno tetapi tokoh lain dari Pahang seperti Dato' Saifuddin Abdullah dan Jamaluddin Jais menang bergaya.

Dalam Mutamar PAS ke-55, baru-baru ini, perwakilan telah memilih tiga pemimpin dari Pahang ke jawatan utama, ia itu Ketua Pemuda, Ustaz Nasruddin Hassan, Ketua Muslimat Ustazah Nuridah Saleh dan Tuan Ibrahim sebagai Naib Presiden PAS. Kesemua jawatan berkenaan bertaraf Naib Presiden.


Lagi p'raya kecil? ADUN DAP serah surat letak jawatan

Athi Veerangan
Rakyat Malaysia yang tidak habis-habis berdepan dengan pilihanraya kecil, mungkin menyaksikan satu lagi - kali ini DUN Jawi di Pulau Pinang.

ADUN DAP, Tan Beng Huat telah menyerahkan surat perletakan jawatannya tanpa tarikh kepada pucuk pimpinan parti itu.

tan beng huat resign as jawi state rep penang lim guan eng dap 110609 05Dalam surat itu, beliau berkata akan mengosongkan kerusinya jika didapati bersalah dalam siasatan rasuah terhadapnya sekarang.

Surat Tan (Kiri sekali) itu telah mencetuskan khabar angin bahawa satu lagi pilihanraya kecil akan diadakan di Pulau Pinang, selepas pilihanraya kecil di Penanti pada 31 Mei lalu.

Manakala pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh diadakan Ogos lalu.

Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow mengesahkan telah menerima surat Tan pagi ini dan akan menyerahkannya kepada ketua menteri yang juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng.

tan beng huat resign as jawi state rep penang lim guan eng dap 110609 03Katanya, Tan menyerahkan surat peletakan jawatan itu secara sukarela "sebagai tanda bertanggungjawab" terhadap dakwaan rasuah yang dibuat oleh rakannya dalam parti itu dari Nibong Tebal.

Tan, 48, yang menyertai DAP lima tahun lalu, memberitahu sidang akhbar kemudiannya bahawa beliau telah mengemukakan surat peletakan jawatan itu sebagai "jaminan" sekiranya dia didakwa atas tuduhan rasuah.

Beliau bagaimanapun, menafikan dakwaan rasuah itu.

Sebaliknya, beliau menubuhkan rakannya itu sengaja mereka cerita itu untuk memalukannya dan kerajaan Pakatan Rakyat.
-malaysiakini-