"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tugu Negara wajar dirobohkan?

Oleh: tokpepijat

Mungkinkah acara syirik berlaku lagi di Tugu Negara sempena Hari Pahlawan Jumaat ini ? Jika dulu Pak Lah dengan megahnya melanggar Fatwa Mufti Wilayah, Perlis dan Pulau Pinang melakukan acara syirik didepan Tugu Negara, apakah PM Najib juga akan berbuat demikian?

Jika PM Najib juga berbuat demikian(tak hairan pun !), kita mahu dengar siapa dikalangan Mufti-Mufti Malaysia yang berani tegur PM. Terutamanya Mufti Perak !

Acara syirik di Tugu Negara adalah rutin tahunan bagi PM serta Panglima ATM, Ketua Polis Negara dan pegawai atasan ATM dan PDRM melakukannya di depan Patung-Patung Tugu Negara sebagai mengenang jasa pasukan keselamatan mempertahankan negara.

Yang peliknya mana dia Penasihat Agama PM ? Mana dia pegawai KAGAT untuk bagi nasihat kepada PM dan Panglima ATM tentang acara syirik yang diharamkan oleh Islam ?

Rasanya PM , Panglima ATM dan KPN tahu tentang hal ini, cumanya buat 'pekak-pekak badak". Mungkin mereka semua merasakan "tidak sah iman Sekular" mereka jika tidak sembah Tugu Negara !

Sepatutnya setelah komunis letupkan Tugu Negara tahun 1974 hingga berguguran dan musnahnya patung Tugu Negara, pihak kerajaan seeloknya meratakan sahaja tanah. dan buat Tugu Peringatan tanpa patung.

Jika dulu komunis letupkan Tugu Negara atas dasar subversif, kini umat Islam sokong agar Tugu Negara dirobohkan atas dasar bencikan syirik ! Macamana Mufti Perak adakah tuan setuju?

Wajibkan pemaju tunjuk arah kibat

Menteri besar Selangor hari ini mencadangkan agar pihak berkuasa tempatan (PBT) di negerinya memastikan pemaju menetapkan arah kiblat sebagai syarat tambahan bagi kelulusan pelan projek.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pemaju perlu mendapatkan maklumat awal daripada Jabatan Mufti bagi memastikan kedudukan arah kiblat di kawasan pelan projek yang dibangunkan, lapor
Bernama.

"Saya berharap melalui syarat ini semua pihak akan lebih prihatin dengan kedudukan kiblat yang menjadi perkara penting dalam ibadah umat Islam," beliau dipetik berkata ketika merasmikan Konvensyen Falak Selangor 2009 kali kelima di Shah Alam.

Tambahnya, pemaju juga diminta mendirikan replika petunjuk arah kiblat di taman-taman perumahan yang baru dibuka sebagai panduan kepada penduduk setempat.

Selain itu, beliau berkata petunjuk arah kiblat yang betul perlu diwujudkan di ruang solat setiap rumah, pejabat, premis perniagaan, hotel dan kawasan rehat di negeri itu.

Abdul Khalid berkata, masjid dan surau yang hendak dibina di negeri itu juga diminta mendapatkan nasihat Jabatan Mufti bagi memastikan kiblat yang betul.

"Terdapat beberapa kes yang arah kiblat di atas pelan tidak tepat dengan kedudukan sebenar di tapak pembinaan, jadi kita tidak mahu surau atau masjid yang dibina dengan nilai jutaan ringgit tetapi tidak tepat kedudukan kiblatnya," katanya.

Jabatan Mufti Selangor turut melancarkan sistem aplikasi arah kiblat dalam talian yang akan membolehkan permohonan menentukan arah kiblat di tempat-tempat ibadah dan premis-premis perniagaan dilakukan dengan lebih mudah.

Sistem aplikasi tersebut merupakan yang pertama diwujudkan di negara ini dan borang permohonan boleh diperolehi dengan melayari laman web www.muftiselangor.gov.my.

Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid berkata sistem aplikasi itu diperkenalkan sejak pertengahan tahun lepas dengan purata kira-kira 30 permohonan sehari.
-malaysiakini.com-

UBN Najib Altantuya: 20,000 sertai demo anti-ISA

Kira-kira 20,000 orang membanjiri ibu negara hari ini untuk menyertai perhimpunan anti-ISA anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

Mereka berdepan dengan anggota polis yang melepaskan tembakan gas pemedih mata serta tembakan meriam air di lokasi perhimpunan di kompleks membeli-belah SOGO, sekitar Masjid Jamek, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut, Dataran Merdeka, di Masjid Negara serta di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut.

Mereka mula berkumpul jam 2 petang di tempat-tempat berkenaan dan anggota polis, termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU), yang bertindak meleraikan orang ramai, termasuk menangkap.

Polis bertindak menutup semua jalan menuju ke pusat bandar dan ke Istana Negara sejak awal pagi ini.

Akibat kawalan keselamatan ketat, GMI gagal menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Bagaimanapun, wakil kumpulan pro-ISA, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, dapat menyerahkan memorandum mereka kepada pengawal Istana Negara.

Perhimpunan itu berakhir pada jam 3.45 petang selepas pemimpin Pakatan Rakyat meminta mereka bersurai selepas berucap di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut.

Dipercayai hampir 200 orang ditahan.

Dalam sidang petang tadi, pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh mendakwa 100,000 orang menghadiri perhimpunan hari di beberapa tempat di tengah-tengah ibu kota.

Manaka Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan pula menganggarkan kira-kira 80,000 menyertai perhimpunan hari ini.

Para saksi pula menganggarkan lebih kurang 20,000 menyertainya.

Sehingga lewat petang ini, pihak polis masih lagi berada di sekitar SOGO dan melepaskan tembakan meriam air apabila ternampak kumpulan penyokong anti-ISA.

-malaysiakini.com-