"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Soal Jawab Mengenai Sikap PAS Terhadap Isu Nama Allah

1. Apakah PAS menerima permohonan orang Kristian menggunakan nama Allah ?

Penganut Agama Kritian yang memohon menggunakan nama Allah khusus untuk penganut agama mereka(Kristian) adalah hak mereka. Mengikut Al-Quran, As-Sunnah dan pandangan ulama muktabar Islam seperti Sheikh Yusuf Qardhawi dan Sheikh Dr Wahbah Zuhaili tidak pernah dengan jelas Islam melarang pengunaan nama Allah dikalangan agama samawi Islam, Kristian dan Yahudi.

Asasnya adalah Surah al-Imran ayat 64 yang bermaksud:

“Katakanlah hai ahli kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan dia, dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya, sebagai tuhan selain Alllah”.

Tetapi perlu di ingat PAS menentang penyalahgunaan nama Allah kepada orang Islam. Maksudnya segala tafsiran Allah seperti Allah Tuhan “trinity”, Allah merujuk kepada berhala dan lain-lain konsep ketuhanan selain Islam tidak boleh disampaikan kepada orang Islam.

2. Apabila PAS tidak menghalang penggunaan nama Allah oleh Kritian maka apakah PAS menerima pandangan orang Kritian terhadap tuhan "Trinity" yang mana terdapat Allah ada bapa, anak dan isteri(God the Father, God the Son and the Holy Ghost) ?

PAS menolak konsep tuhan “trinity”(Tuhan 3 dalam satu) sebab asas Islam adalah Allah yang Maha Esa. Malah jika orang Islam beraqidahkan Allah “trinity” maka mereka terkeluar daripada Islam. PAS juga menolak aqidah tuhan selain Allah S.W.T. Tapi PAS tidak menghalang orang Kristian berfahaman tuhan “trinity” sebab itulah kebebasan beragama yang dianjurkan oleh orang Islam. Islam tidak boleh memaksakan aqidah Islam kepada mereka yang bukan Islam. Islam menegaskankan : “Tidak ada paksaan dalam agama”

3. Apakah PAS menyokong keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) membuat rayuan untuk menghalang pengunaan nama Allah dalam akhbar rasmi Gereja Katolik Malaysia, Herald The Catholic Weekly?

Itu adalah hak KDN sebab gereja Katolitk Malaysia telah memohan mahkamah membuat semakkan penghakiman terhadap keputusan kabinet. Tentulah kabinet ada asas dan pertimbangan mereka semasa meluluskan undang-undang melarang pengunaan nama Allah. Oleh kerana mahkamah telah membuat keputusan yang bercanggah maka hak merekalah untuk mempertahankannya.

PAS menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan. PAS tiada berniat untuk mencampuri urusan mahkamah. Kita bersikap terbuka terhadap apa juga keputusan yang akan di keluarkan.

4. Apakah PAS tidak kuatir nama Allah ini akan mengelirukan orang Islam di Malaysia khususnya anak muda ?

PAS sangat kuatir dengan kehidupan bebas tanpa peganggan agama khususnya anak muda beragama Islam di Malaysia kerana aqidah mereka yang lemah. Faktor utama kelemahan aqidah bukanlah disebabkan oleh dakwah agama lain tetapi disebabkan pendidikan, persekitaran, keluarga, masyarakat dan negara yang tidak menekankan persoalan aqidah.

Orang Islam yang murtad adalah mereka yang lemah aqidah islamnya bukan orang yang kuat pegangangan agama mereka. Tidak ada orang islam yang kuat pegangan agama dan kefahaman agamanya yang jatuh murtad. Tak pernah kita dengar ulama besar yang murtad. Tetapi adalah biasa kita dengar paderi Kristian yang masuk Islam.

Selain itu Perkara 11(4) Perlembagaan Malaysia menyatakan :
“Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganut ugama Islam” Perkara 11(4) ini menghalang mana-mana agama menyampaikan aqidah mereka kepada umat Islam di Malaysia. Ini merupakan perlindungan Perlembagaan Malaysia terhadap Islam dan umat Islam.


5. Mengapa PAS tidak bersama dalam demontrasi yang dilaksanakan oleh NGO ? Mengapa PAS tidak mengambil pendekatan demontrasi seperti BERSIH, PPSMI dan ISA ?

Persoalan nama Allah adalah persoalan yang komplek dan mudah membangkitkan sentimen antara agama. Persoalan nama Allah ini bukan seperti isu pilihanraya BERSIH, PPSMI atau ISA. Persoalan nama Allah perlu diurus dengan cara yang cukup tertib. Jika PAS menggunakan konsep yang sama seperti BERSIH, PPSMI dan ISA maka PAS sangat kuatir pergaduhan agama akan tercetus. Bayangkan apa yang akan terjadi jika 100 ribu orang berkumpul di Istana Negara dengan penuh sentimen membenci orang Kristian. Kemungkinan pergaduhan akan berlaku. Maka ramailah pemimpin PAS yang akan dimasukkan dalam ISA. Mahkamah sedang mendengar rayuan. Biarkan mereka membuat keputusan. PAS berpendapat dalam isu yang sensitif seperti nama Allah ini maka keadah dialoglah yang lebih sesuai.

6. Apakah sikap PAS terhadap NGO yang mengambil sikap berbeza dengan PAS ?

PAS menyokong Perkara 10 Perlembagaan Malaysia yang selaras dengan Islam iaitu memberi kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan. Mereka ada hujah dan pendekatan mereka. Kita hormati pandangan mereka. Dalam negara majmuk seperti Malaysia kecerdikan menguruskan perbezaan pendapat adalah menjadi ciri utama sebagai pemimpin negara ini. Kita boleh sama bersetuju pada apa yang kita setujui bersama. Kita juga mesti boleh bersetuju dalam apa juga perkara yang kita tidak setujui bersama. Inilah konsep Islam. Asasnya adalah ilmu bukannya emosi dan sentiment.

7. Apakah PAS mengambil pendekatan yang sederhana semata-mata untuk tujuan mendapat kuasa memerintah Malaysia dalam pilihanraya akan datang dengan memperjudikan Islam?

PAS yang dipimpin oleh para ulama tidak boleh menyembunyikan keterbukaan Islam terhadap penggunaan nama Allah. Apa yang Islam kata itulah yang kita tampilkan sesuai dengan suasana negara kita. Dalam hal sokongan rakyat kita hanya berserah kepada Allah setelah kita menjelaskan kedudukan agama Allah ditempat yang benar. Jika Allah izinkan PAS menang maka memerintahlah kita. Jika Allah tidak izinkan lagi memerintah Malaysia maka bersabarlah kita.

8. Apa sikap PAS terhadap pembakaran gereja ?

PAS tidak pernah sama sekali bersetuju dengan pembakaran gereja. Bukti jelas semasa berperang pun Islam melarang membunuh wanita dan kanak-kanak yang berlindung dalam rumah ibadah apatah lagi di waktu aman seperti dalam negara kita sekarang. PAS menghormati orang bukan Islam dan rumah-rumah ibadah mereka. Ini dibuktikan dengan kehadiran pimpinan PAS ke gereja yang telah dibakar tempohari.

9. Pada pandangan PAS apakah ada udang disebalik batu apabila media arus perdana membangkitkan isu nama Allah ?

Pada pandangan PAS, Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Dato Seri Najib Tun Abdul Razak bersama para pemikirnya sedang mencipta krisis nama Allah di dalam negara setelah mereka dilanda pelbagai krisis yang tidak menguntungkan mereka. Bermula dengan kekalahan teruk dalam pilihanraya 2008, kritikan Tun Dr Mahathir kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi, kekalahan dalam banyak pilihanraya kecil, krisis dalaman BN, kes kematian Al-Tantuya, Isu PKFZ, rampasan kuasa di Perak, Isu GST, kenaikan harga barang, PPSMI, ISA, kemerosotan rizeb negara, kematian Teo Beng Hock dan isu paling sensasi adalah kehilangan 2 buah enjin jet F-5E kapal pejuang TUDM.

Krisis yang dicetuskan mampu mengalih perhatian rakyat kepada isu sebenar yang melanda kerajaan BN. Apakah munasabah UMNO berteriak dengan isu nama Allah sedangkan mereka yang mahu menggugurkan nama Islam daripada pertubuhan pada tahun 1994 dahulu. Apakah munasabahnya UMNO mempertahankan aqidah umat Islam jika undang-undang murtad seperti digariskan oleh Al-Quran tidak dilaksanakan.

Krisis nama Allah yang dicipta ini bukannya ada udang disebalik batu tetapi ada enjen jet F-5E dan Altantuya disebalik Dato Seri Najib Tun Razak.Oleh itu janganlah kita terperangkap.

Petikan dari http://kentong-suhaizan.blogspot.com/

Roman Katholik Sabah Sarawak dan Malaysia tak sama dengan Coptic Kristian Arab

ahmadhadeed
Dalam perbahasan penggunaaan perkataan Allah oleh Roman Katholik Malaysia ramai berhujah bahawa kalau orang Arab guna perkataan Allah mengapa Kristian Roman katolik Malaysia tak boleh.

Hujjah ini juga di guna oleh setengah orang PAS yang menyokong Khalid atau Dr Zul. Hujah ini tidak betul dan tidak berlandas kepada fakta. Mungkin ada setengah ustaz yang belajar di Mesir atau Syria tidak tahu bahawa Roman Katholik saperti yang ada di malaysia tidak sama dengan Kristian Orthodox Coptik Mesir, Kristian syria , armenian and ethiopia.

Malah Gereja Roman Katolik berpusat di ROM menganggap Kristian Orthodox Coptic Mesir sebagai 'heretic' atau ajaran sesat. Ini di putuskan oleh pihak gereja di mesyuarat Council of Chalcedon Rom 451 AD sebelum datang nya Islam di negara Arab. Rasulullah di lahir pada 571 AD. Mereka juga mempunyai Pope sendiri.Cubaan mengguna nama Allah oleh Roman Katholik Malaysia adalah bercanggah dengan keputusan Council of Chalcedon yang menjadi tempat rujukan Roman Katholik Malaysia.

Coptic Orthodox Church of Alexandria telah di anggap keluar dari ajaran Roman Catholik kerana menganggap Jesus sebaga seorang tuhan dalam bentuk manusia bukan tuhan yang berbentuk separuh manusia separuh spirit yang di percayaan oleh Roman Katholik. Dalam istillah mereka , Coptic Orthodox Church di anggap menyeleweng kerana berpegang kepada kepercayaan Euthychianism dan digelar Monophusite kerana menganggap jesus sebagai tuhan dalam bentuk manusia namun Roman Catholik percaya Jesus adalah separuh manusia separuh tuhan saperti terdapat dalam trinity. Trinity percaya Tuhan Ayah , Tuhan Anak dan hantu Suci adalah satu entiti dan memerlukan kepada satu sama lain untuk wujud. Kalau satu mati semua mati. Inilah yang menyebabkan pihak crusader sendiri menindas orang koptik di Mesir atas alasan mereka adalah ajaran sesat.

Dari maklumat ini dapat lah kita rumuskan bahawa alasan Roman Katholik Malaysia mahu menggunakan nama Allah dalam surat kabar mereka atau kitab injil mereka atas alasan Coptic Arab menggunakannya adalah suatu penipuan maklumat ugama dan ia tidak lain untuk mencabar ummat Islam Malaysia . Usaha setengah orang Islam mahu berhujah bahawa Coptic Krisitan Arab sama dengan Roman Katholik adalah tidak berlandaskan ilmu dan melulu.

Masaalah Roman Katholik Sabah Sarawak dan Indonesia menggunakan nama Allah adalah kerana kejahatan penjajah Barat Inggeris dan belanda untuk menghancurkan ugama Islam di Indonesia dan malaysia untuk mencapai objektiv 3G Gold and Gospel. Oleh itu mereka sanggup menggunakan apa saja termasuk menterjemah injil roman katolik dan protestan kedalam bahasa Melayu dengan menggunakan nama Allah walau pun tidak ada satu patah pun nama Allah wujud dalam injil asal yang ditulis dalam bahasa Greek dan Hebrew. Mereka hanya mengguna perkataan umum 'tuhan' dalam bahasa Hebrew Greek atau aramaic.

Terdapat satu lagi issue iaitu bagaimana orang Kristian Roman katolik Sabah dan Sarawak yang menggunakan perkataan Allah tanpa merujuk pihak berkuasa. Saperti juga hujah di atas ,orang Kristian Sabah Sarawak dan Indonesia tidak boleh menganggap mereka sebagai Eastern Orthordox Christian kerana mereka sebenarnya bukan dari kumpulan itu. Jadi mengapa meniru perkara yang salah dari ajaran Kritian coptik arab mesir? Saya berharap perbincangan intellectual ini tidak akan menyinggung orang krisitan sabah sarawak yang mengatakan mereka telah bertahun tahun menggunakan perkataan Allah dalam injil. Kalau perbuatan itu salah maka salah lah amalan itu.

Laporan polis berhubung kebiadapan YB Hamidah Osman

infodppsa
"Satu laporan polis telah telah dilakukan oleh Sdr Mohamad Jamil Bin Abdul Rahim selaku Ahli dan AJK PAS kawasan Shah Alam berhubung penyiaran gambar YB Khalid Samad yang di Super Imposed dalam blog YB Hamidah Osman. Antara fokus laporan adalah :

1. YB Hamidah dilihat mempunyai niat menghina parti berdaftar PAS dengan meletakkan logo PAS dalam gambar tersebut.

2. Menjatuhkan maruah pemimpin dan semua ahli PAS.

3. Memutarbelitkan isu kalimah Allah

4. Memberi peringatan kepada beliau agar menghentikan segala perbuatan dan memohon maaf kepada PAS

5. Menuntut agar beliau lebih merujuk kepada Ulama.

Kenyataan lisan beliau dapat diikuti menerusi
http://tvdppsa.blogspot.com


http://infodppsa.blogspot.com