"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penting! Solat Hajat Perdana "Selamatkan Selangor dan Malaysia"

Datang beramai-ramai. Kalau anda baca Utusan 1Malaysia, tengok RTM dan jegakan mata depan TV3, nampaknya Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor macam akan jatuh sehari dua lagi. Umno lagakan MB Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Sultan Selangor terang-terang dalam siang. Rakyat jelas melihat ini. Rakyat nampak mainan jahat Umno-BN.
Apa lagi cara Najib nak berkuasa semula di Selangor? Lubang pasir sudah dikorek sehingga bu mi ke tujuh. Adun Sekincan telah ditumbuk lesut muka oleh geng Noh Omar. Khir Toyo yang tidak disangka-sangka akan dipanggang jadi "kambing golek" yang tak hitam lagi, untuk perlihat kepada rakyat Umno telus, mulus dan kudus dalam memerangi rasuah


Apa lagi cara Najib nak berkuasa semula di Selangor? Najib jadi Pengerusi Umno Perak, Kerajaan PR Perak berantakan. MB Nizar Jamluddin gagal "menendang" SUK itu. Angkaranya, kerajaan PR tak dapat diselamatkan dengan bantuan PDRM, SPRM, SPR dan SUK itu. Adakah Najib mahu lakukan modus operandi yang sama di Selangor? 

Bukankah Najib juga Pengerusi Umno Selangor? Justeru itu, PAS akan mengadakan Solat Hajat Perdana dan Ceramah Mega pada Ahad, 9 Jan 2011, di Stadium Tertutup Shah Alam jam 8 malam. 

Kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, tujuan program ini diadakan untuk memohon kehadrat Allah SWT supaya dapat menyelamatkan negara ini daripada kerakusan mereka yang tidak bertanggungjawab ketika menguruskan negara. 

"Negara ini perlu diislahkan daripada gejala yang merosakkan seperti pengurusan ekonomi, kehakiman, pencabulan terhadap demokrasi," ujarnya kepada Sanggahtoksago.Com.

Antara pemimpin utama Pakatan Rakyat yang akan hadir, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Semua rakyat Malaysia dialu-alukan hadir.

Teoh Beng Hock mati pasal telan kapur barus!

LeeSlimShady
'Jangan buat spekulasi keputusan inkues Beng Hock’ - Melalok

KUALA LUMPUR 5 Jan. - Orang ramai diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung keputusan inkues kes kematian setiausaha politik kepada seorang Exco Kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock yang diputuskan Mahkamah Koroner Shah Alam hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, masyarakat perlu bersabar dan menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka kerana terdapat juga proses inkues yang berakhir dengan keputusan yang sama seperti kes Beng Hock.

"Pihak tertentu juga diminta supaya tidak mempolitikkan isu ini," katanya dalam satu kenyataan berhubung keputusan inkues kes tersebut yang dikeluarkan di sini hari ini.

Mahkamah Koroner Shah Alam hari ini memutuskan penghakiman terbuka iaitu tidak diketahui sama ada Beng Hock mati dibunuh atau membunuh diri pada kejadian yang berlaku pada 16 Julai 2009 itu.
Ini mangkuk ayun memang tak boleh pakai, kaki kelentong dan kaki menyembunyikan kezaliman. Ini hal sudah jadi depan mata dan kita tahu kat mana beng hock mati, lagi brengset ni boleh cakap tak boleh buat spekulasi, ini bukan spek mata anak lu atau nenek lu, ini spek kepala tengkorak lu la. Kalau tak boleh buat spekulasi luluskan la akta anti-spekulasi, lepas tu boleh suruh zul nordin cadangkan sesiapa yang menentang akta ni boleh di hukum mati.

Oi! Putu Mayam, kalau tak bunuh diri atau kena bunuh dengan di campak dari tingkat 14 habis tu macam mana Beng Hock boleh mati? Takkan Beng Hock mati pasal tercekik kapur barus kot, takkan la beng hock mati pasal tertelan Kuih Apam Rosmah kot? atau Beng Hock mati pasal di suruh oleh penyiasat-penyiasat SPRM untuk menghidu dan mencium spender Mama Penguin.

INI NAZI OPSSS!!!!!!! NAZRI BETUL - BETUL BIKIN KEPALA TUNGKEK LAH!!

Bapa tangkap anak maksiat

KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun yang baru selesai memadu kasih bersama teman lelakinya terkedu apabila ditangkap bapanya sendiri semasa memanjat tingkap bilik tidurnya untuk masuk ke rumahnya semula, dalam kejadian di Kampung Seberang Baruh, Selasa lalu.

Lebih mengejutkan, tangkapan pada jam 4.40 pagi itu membongkar rahsia gadis terbabit dirogol kekasihnya di sebuah rumah tumpangan di Pengadang Baru, Kuala Terengganu pada hari berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin berkata, selepas didesak berkali-kali, mangsa mengaku mengikut kekasihnya ke rumah tumpangan itu sebelum diajak memasuki sebuah bilik dan dirogol suspek di dalam bilik berkenaan.

“Mangsa dihantar untuk menjalani pemeriksaan di Hospital Sultanah Nur Zahirah pada sebelah petang dan doktor mengesahkan mangsa dirogol,” katanya.
-hmetro-