"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Baju BERSIH di dalam juga ditangkap polis

Tiga anggota PKR ditangkap di sebuah pasar di Batu Gajah, Perak pada jam 9.20 pagi ini kerana memakai kemeja T kuning BERSIH 2.0, meskipun mempunyai baju lain di luarnya.

Menurut timbalan setiausaha PKR Perak Tan Kar Hing, ketiga-tiga mereka ketika kejadian sedang menikmati minuman teh apabila ditahan polis.

"Polis minta mereka buka baju dan tahan mereka apabila baju dalam yang dipakai adalah baju BERSIH,” lapor Tan.

Menurut beliau ahli PKR itu hanya menikmati minuman dan tidak melanggar sebarang undang-undang.

Mereka adalah timbalan ketua cawangan Batu Gajah Adnan Talib, 50, naib ketuanya Anthony Wijaya, 50, dan pengarah skuad Pemuda Perak Tamil Selvam, 28.

Ketiga-tiga lelaki itu kemudiannya dibawa ke balai polis Batu Gajah untuk siasatan.

Sejak seminggu ini, semakin ramai yang ditangkap. Awal pagi tadi, exco Selangor Ronnie Liu ketika dalam perjanan pulang bersama Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim ditangkap di Hulu Selangor manakala di Alor Setar, 14 orang yang sebahagian besar mereka ahli PKR juga dicekup oleh polis.
-malaysiakini-

Akibat pendedahan semalam sistem semakan isi rumah SPR ditutup?

Sofi WahabSemalam beberapa blog mendedahkan beberapa bukti berlaku pendaftaran pengundi di sesuatu alamat dengan jumlah yang tidak munasabah sehingga ada yang 64 dan 88 orang pada satu alamat. Pendedahan yang sememangnya sudah lama di dakwa oleh PAS membuktikan kelemahan SPR atau pun mereka sendiri yang bersekongkol dengan petualang negara tersebut.

Namun pada hari ini saya cuba menggunakan website SPR iaitu http://daftarj.spr.gov.my/semakdm/ namun ianya tidak berfungsi sedangkan semalam ia berfungsi dengan baik.

Apakah tindakan ini ada kaitan dengan pendedahan semalam? Mohon SPR menjawab dengan jujur....

Pendedahan dari blog Anaksungaiderhaka

Satu Alamat, 88 pengundi.. Apa penjelasan SPR?

Bersih: Memang menyusahkan...

budakjolobu
Susahnya…

Baju 2.0 beli sendiri

Tambang bas sendiri

Tambang LRT sendiri

Tambang teksi kena duit sendiri

Susahnya…

Baju 2.0 beli sendiri

Tambang bas sendiri

Tambang LRT sendiri

Tambang teksi kena duit sendiri

Naik motor…minyak kena top up sendiri

Bawa kereta…minyak sendiri, parking sendiri ,

Tol kena modal sendiri…

tempat tinggal cari sendiri...

Nak makan…nak minum…poket sendiri…
 

Berjalan untuk demokrasi
 
Susahnya…

Tol…ada polis

RNR…ada polis..

Sentol…ada polis…

Cheras… ada polis…

Jalan loke Yew ada polis..

Dalam KL lagi ada banyak polis…

Ada ratus ribu polis…
 

Berjalan untuk demokrasi.
 
Susahnya…

Sana sekat, sini sekat

Sana tutup, sini tutup

Tiba2 LRT tak berhenti

Tiba2 bas dan teksi lalu lain arah

Tiba2 kena buat U-turn

Tiba2 kena berjalan kaki….
 

Berjalan untuk demokrasi
 
Susahnya…

Jika dirembat belantan, sepak dan teranjang hinggap, disembur gas, tersimbah air pedih mata hidung..anak tekak…sesak nafas dan…tertangkap

Anak…

Abah…

Mak…

Isteri…

Suami….

Cikgu…

Pengetua…

Dekan…

Boss…

Majikan…

Yang menganggur tak sudah-sudah…

Apa kita mahu kata dan apa mereka kata pada kita?

Susahnya… Berjalan untuk demokrasi

Susahnya… Berjalan untuk demokrasi

Susahnya… Berjalan untuk demokrasi

Susahnya…adalah detik meraikan rakyat jelata yang kasih, sayang dan cinta pada Negaranya…